Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| jom menuntut ilmu
Wednesday, February 29, 2012; 12:41 PMBismillah... 29.2.2012. Rasa seronok dengan tarikh hari ni. ^^ Yela, kan tarikh 29/2 ni hanya terjadi 4 tahun sekali je kan. hihi. Kebetulan pula hari ni cuti. So, sepatutnya saya rasa macam nak buat sesuatu yang lain sikit. Tapi tak tahu nak buat apa. heee. BUDAYA MENUNTUT ILMU Sekarang ni agak sibuk sampai tak sempat nak update blog, twitter or lain-lain. Baru-baru ni, saya ke masjid azhar untuk mengikuti kelas usul fiqh bersama Ustaz Hairul Nizam. Ustaz Hairul Nizam antara orang yang saya hormati dan kagumi. Kata-katanya begitu lembut hingga mampu menusuk hati. Sebaik sahaja saya sampai di masjid, kelihatan di beberapa penjuru masjid, sheikh-sheikh azhar sedang mengajarkan kitab-kitab kepada orang ramai. Tatkala itu jugalah saya rasa seperti mahu menangis. Betapa ramai yang dahagakan ilmu dan betapa budaya menuntut ilmu itu dijadikan amalan di sini. Dimanakah saya jika dibandingkan dengan mereka? :'( Pengajian yang dijalankan setiap malam itu bukanlah datang dari pihak universiti azhar, tetapi pengajian disampaikan atas dasar ingin menyampaikan ilmu bagi sesiapa sahaja yang ingin menuntutnya. Berdiri di tengah-tengah masjid, memperhatikan setiap sudut di mana terdapat pengajian bersama sheikh azhar, diriku merasa sangat kerdil. kecil. Lantas saya berfikir, banyaknya ilmu yang disampaikan dan agak mustahil untuk saya pergi ke semua pengajian kerana semuanya berjalan serentak. Mahu tidak mahu, pilihan harus dibuat. Allah... Walaupun saya merupakan salah seorang pelajar perubatan di sini, terasa amat rugi jika hanya mempelajari ilmu perubatan tanpa mengambil manfaat sedikit pun untuk mendalami agama Islam. YANG DIKEJAR TAK DAPAT??? Dahulu saya pernah berpendapat, jika saya sibuk nak belajar agama, nanti pelajaran perubatan saya akan terjejas kerana tak cukup masa. Ibarat "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Ternyata, pendapat saya ketika itu salah... Semakin saya diajar ilmu fiqh, akidah, tauhid mahupun sirah, semangat yang dahulunya pudar ternyata semakin bertambah. Jika dulu saya pernah tertekan dan kadang-kadang sedih, tetapi apabila duduk bersama sheikh, nasihat dan peringatan yang disampaikan sudah cukup untuk mengubat hati saya. Segala masalah ada penyelesaiannya. Ternyata, Islam mampu menyelesaikan segala masalah dan mampu memberikan ketenangan dalam hati-hati manusia. :) Banyak kali berlaku, apabila saya ada masalah, walaupun saya tidak menceritakan kepada sheikh, tiba-tiba sewaktu sheikh sedang menerangkan, sheikh mengutarakan masalah itu serta bagaimana mahu mengatasinya. Saya pelik! Apakah sheikh boleh membaca isi hati saya? Apakah kebetulan jika perkara seumpama ini sering berlaku? SEMAKIN BERSEMANGAT Dengan mempelajari sirah Nabi Muhammad sollallhu3alaihiwasalam, para sahabat, para alim ulama' yang terdahulu membuatkan saya begitu menghargai pengorbanan mereka. Serta bertambah-tambah semangat saya untuk menuntut ilmu perubatan dan islam. Kisah yang sering diulang-ulang adalah kisah Imam Nawawi yang pernah 2 tahun tidak tidur di atas katil kerana begitu asyik menuntut ilmu. beliau hanya tertidur dalam keadaan duduk ketika sedang mengulangkaji dan apabila tersedar terus menyambung ulangkajinya. Juga kisah para ulama' terdahulu yang sanggup merantau beribu batu untuk menuntut ilmu dengan hanya menunggang unta. Jika dibandingkan dengan masa sekarang, apakah dengan kemudahan yang ada membuatkan kita kurang menghargai ilmu? Ustaz pesan, ilmu perubatan yang pada awalnya fardu kifayah untuk semua orang telah menjadi fardu ain kepada pelajar perubatan. Allah...Perlu membahagikan waktu dengan terancang. Semoga Allah permudahkan. p/s : ini hanya perkongsian yang sengaja saya coretkan. Semoga dengan perkongsian ini dapat menyuntik semangat kepada sahabat-sahabat lain. Insya-Allah. quick update for winter break 2012
Saturday, February 18, 2012; 12:36 AM
Bismillah... Hyep! First of all, sila tengok kat komen box kat sebelah kanan tu. Ntah apa la yang serabut sangat tu. Dah delete komen diorg, ada lagi. menyampah! Eh, bila last sekali update blog ea? Owh! Cerita pasal daurah kitab hari tu. huhu. ^^ Memang sibuk pun. As I mention before, waktu cuti pack. Even balik daripada Luxor, sampai rumah subuh tu, then pagi tu dah ada kelas. Memang tak ada waktu rehat la jawabnye. Habis tu, pergi bercuti tu tak kira berehat ke incik anwar? Heh! Sibuk je tanya soalan macam tu. Tu tak kira sebab penat kot berjalan. +_+ So, let me share something about my vacation to aswan & luxor. Haih. Penat berjalan. Naik train dari cairo ambil masa 14 jam. Kalau balik malaysia naik plane pun dah sampai agaknya. huhu. Then daripada aswan tu kami pergi melawat beberapa tempat yang kebanyakkannya temple peninggalan zaman mesir purba dulu. Untuk orang yang minat nak kaji sejarah mesir purba dulu, seronok la kot. Tapi bagi saya, yang seronoknya naik kapal cruise. Yeay!! Daripada aswan, kapal akan bergerak ke beberapa tempat lain sehinggalah sampai ke destinasi terakhir, luxor. huu. Dalam 5 hari juga lah keluar daripada cairo. Gambar tengok kat FB je lah. Now dah mengantuk la nak upload2 gambar. Sekarang kami masih lagi dalam round ophthalmology. Tapi kali ni saya dah tak sesat. heee. Dah hafal dah jalan dalam hospital tu sikit2. Cumanya, biasa lah kan, baru2 balik dari bercuti, otak ni pun macam slow2 nak catch up. hihi. akibatnya... Semalam tiba-tiba doctor cakap ada SHOCK exam! Haa, elok sangat la tu. Memang semua orang SHOCK pun. Tak sompek nak prepare. haha. Doctor cakap, lepas ni kena sentiasa bersedia sebab akan ada shock exam beberapa kali. aiyoo. Boleh pula nak main terkejut terkejut. Tapi ada baiknya juga, supaya kita tak terus terleka, kan? =) Rata-rata, memang agak sibuk walaupun masa cuti. **perlu ke mention kau sibuk banyak kali? Macam kau sorang je sibuk. Heh!**Yela2, just nak bagi alasan kenapa dah lama tak update blog. Tu pun tak boleh ke? >.<" Hari ni dapat update blog pun sebab cuti hari jumaat. Tu pun dah pukul 12 malam baru nak update. Memang mengade! Dan sebenarnya, mata dah tak larat tapi macam tak sanggup nak tangguh2 keje update blog ni. hihi. Cet! Padahal merapu je lebih. Biarlah, ada je benda nak komen kat orang die ni. Tu just serba ringkas je apa yang berlaku. Dah penat menulis. Kalau call borak2 boleh, sebab kalau bercakap kurang sikit penat. heee. Dah la, esok ada kelas ok. Kena tidur dulu. See you later.... |