Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| keliru
Wednesday, August 31, 2011; 12:47 AMBismillah... "Anyone can become angry. That is easy. But to be angry with the right person, to the right degree, at the right time, for the right purpose, and in the right way, this is not easy" -Aristotle-
Marah. Saya sangat tidak suka akan kemarahan. Tak kiralah sama ada dimarahi atau memarahi, mahupun melihat orang lain kena marah. Bagi saya, marah bukanlah jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Sebab itulah, kadang-kadang tu, tengok orang yang nak marah tak tentu pasal, rasa macam menyampah sangat. Benda kecil pun nak marah. Benda tak patut marah pun nak marah. haih! Itulah prinsip saya. Saya jarang marah. Saya tak suka nak marah orang. Saya tak suka dimarahi orang. Sebab itu dalam perbuatan saya, saya sering berhati-hati supaya tidak menimbulkan kemarahan orang. Kadang-kadang tu, dalam sesuatu situasi, perasaan marah tu mula wujud dalam diri saya, tapi saya tahan. Sebab dalam keadaan marah, kita dikawal oleh emosi. Mungkin kita tidak mampu berfikir secara rasional ketika itu. Mungkin juga kita akan bertindak terburu-buru. Dan saya tidak mahu menyesal atas tindakan melulu ketika marah. Herm.. Tapi, saya tak tahu kenapa. Prinsip yang selama ini saya pegang, kini semakin cuba untuk menghilang. Keliru la. Tiba-tiba saya rasa perlu untuk marah itu. Tapi saya masih tidak dapat nak mengawal. Dalam situasi tertentu, saya cuba untuk marah. Namun.. Entahlah. Rasa tak selesa gak marah-marah ni. Tapi tak tahu kenapa diri ni nak cuba untuk ada perasaan marah itu. Tak tahu ke mana hilangnya prinsip yang selama ini saya pegang. Mungkin juga saya tertanya-tanya apakah prinsip ini prinsip yang sebenar. +_+ Keliru..keliru. Can someone please explain to me?? Maybe someone akan datang and say, "be yourself". My answer is, "I'm not trying to be myself but trying to be a better person". Yela, cuba kalau kita "be ourself" tapi sebenarnya apa yang kita buat tu salah. Still, apa yang salah kita kena betulkan, kan? So, lets be a better person. I don't know what happened to me. Everything seems to change. Life is not that easy. "Oh Allah, please give me strength to face this. Please make me feel calm. Ameen." Raya lagi..
Monday, August 29, 2011; 12:10 PM
Bismillah... Tiba-tiba, semua orang kecoh nak raya. Tapi saya rasa sayu je kat sini sebab terpaksa berpisah dengan Ramadhan. Haih. Berbeza, sangat berbeza suasana ramadhan dan syawal di Malaysia berbanding dengan di sini. Dan sebenarnya, banyak cerita yang tak sempat saya nak kongsikan kat sini termasuklah pengalaman pergi berbuka puasa di sohag! Bajet sibuk la kan. hihi. Dan agak terkilan la sebab tahun ni tak dapat kad raya dan tak berpeluang nak bagi kad raya kat orang lain. huuuu. Tak payah la nak terkilan sangat. Ingat lagi dulu, masa kat malaysia, masa saya nak hantar kad raya, ada orang tegur, "mana ada orang guna kad raya dah sekarang. Guna SMS je senang". lol. Terpulang kat masing-masing la kan. Lagipun, bukan aku nak hantar kat kau pun. haha! Sekarang ni orang banyak guna Facebook pula. Kalau zaman SMS dulu, dapat pantun raya bersepah-sepah. Yela, dah semua orang duk forward msg je kerja. Dah tu, dapat msg yang sama banyak kali. huhu. Tapi sekarang nampaknya ada orang ambil pendekatan lain. Edit2 gambar pastu tag kat orang ramai-ramai. Nice! Dulu pernah la terfikir nak buat, tapi bila dah ramai orang buat, so saya tak payah buat la. Not my style la. lol. And, kelas berkemungkinan start 1 oktober. Maybe sebab bulan 9 ni ada pilihan raya. So kelas akan ditangguhkan. Maybe boleh delay lagi. Haih. +_+ Kalau start lambat, habis pun lambat la. Banyak lagi masa tu. Tapi exam tetap exam. ^^ Owh, disebabkan ni kali pertama saya tak balik, so sempat la buat video raya. Nak hantar kat family supaya boleh play time malam raya. And video ni pun baru je buat pagi tadi. Edit video pun tak reti, tibai je la kan. Agak tergesa-gesa. Then, I'm glad to share it here. Yang cerita lepas-lepas, kalau saya rajin saya update la kat sini. Busy sikit lately. =p Kalau kat Malaysia, time2 cam ni mesti tengah sibuk buat lemang, ketupat, rendang dan macam2. Tapi kat sini, macam tak ada pape berlaku je. haha. Ada la sambutan malam ni kat ARMA. Makanan pun dah sedia. heee. Dah la, nak p study. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. =) buat keje last minit..
Saturday, August 20, 2011; 1:41 PM
Bismillah... Uh, penat! Baru je balik daripada university. Ada program ABC (Amazing Balance Community). Dan dalam ramai-ramai yang datang tadi, ada 3 orang je budak melayu. Haha! Well, biasa la tu. Ramai melayu dah balik malaysia. =') Dan disebabkan penceramah cakap arab laju tahap maksimum, rasa macam susah nak faham tadi. Ada la sikit faham. hik3. Yang penting, apa yang dia nak sampaikan adalah pembahagian masa yang seimbang. ngeh3 Tapi seriously balik lepas zuhur tadi, panas gile! Dah la balik jalan kaki. Tulah, baru jalan sikit dah tak larat. Padahal, zaman nabi dulu, orang mampu pergi berperang lagi semasa perang badar. Masya-Allah. Hari ni, nak cakap pasal plan "last minute". Dan banyak kali berlaku dan semalam dah sampai kemuncak maka hari ni kena tulis kat blog. hihi. Konsepnya mudah je. Semua orang ada plan masing2. So, kita tak boleh senang-senang nak kacau plan orang. Tolong la hormat sikit. 1st case...(tatkala aku sedang main internet) Member 1 : wey, kau nak pergi tak ni? Aku : Owh, ok. Jom pergi. (sambil aku tutup laptop dan terus tukar baju dengan lajunya) Member 1 : jap, aku nak solat dulu. Aku : pulak! Tadi cakap macam dah siap. +___+ The fact is : aku siap tak perlu lama-lama. Kau tak payah nak sibuk risau kat aku. Kau dah siap, bagitahu aku then kita terus pergi. haih 2nd case...(sama gak, main internet lagi) Member 2 : eh, kita nak pergi pukul berapa ni? Aku : Nak pergi la ni. Jap, aku tengok internet jap. Member 2 : (diam sambil main game) lepas 5 minit... Aku : jom la. Nak pergi dah. Member 2 : jap2. aku nak mandi dulu. Aku : hampeh! +___+ Fact : mandi xboleh mandi lagi lama ke? haih 3rd case...(tengah prepare untuk berbuka puasa) Tiba-tiba member call. Member 3 : Hello nua, kau buat apa ni? Ada akak ni ajak buka puasa kat rumah dia. Aku : ish, asal bagitahu lambat? Aku tengah masak ni haa. Siap ajak haziq makan kat rumah aku sekali lagi. Member 3 : Kau masak untuk sahur je lah. Aku dah cakap kat akak tu ramai yang datang. Kalau ramai tak datang, membazir la. Aku : Heh! sesuka hati je confirmkan untuk orang. Orang lain pun ada plan gak. +___+ Fact : time semangat nak masak time tu la ada benda akan mengacau. 4th case...(tengah baca-baca blog orang) Ada orang call pulak.. Man : Hello. Anwar, ana rahman ni. Aku : rahman mana pulak ni? Man : tahun 5. Cam ni, ana cadang nak buat tadarus hari ni untuk group kite. Kat mounira pukul 2:30, boleh? Aku : eh, jap2. Ni program apa ni? Man : IHRAM perubatan. Aku : ooo. Kejap lagi ke? (time tu dah pukul 2:15) Man : aah. Aku : ok. +____+ Fact : tak reti la nak inform awal2. Nape tak inform bila dah pukul 2:30 tu? haih 5th case... Member 5 : jom2 kita pergi. Kalau pergi lambat, lambat sampai nanti. Aku : ok jom. Bila dah keluar rumah... Member 5 : eh jap tertinggal dompet. Tak pun, eh jap, nak bawak beg. Tak pun, eh jap, tertinggal...(segala macam benda la kau nak tinggal. Satu hal pulak nak tunggu kau. Lain kali, nak keluar tu check la semua benda dulu) Bila berjalan.. Member 5 : eh, laju betul kau jalan. rileks la. Aku : heh! +____+ Fact : aku dah bajet la. Dengan kelajuan ni, kita tak akan sampai lambat. Kalau jalan macam siput, lewat la. Tadi nak cepat sangat. Kesimpulannya, aku ada plan sendiri. Especially time management. Tolong la jangan sesuka hati nak kacau or melambat-lambatkan. Ada apa-apa, sila la inform awal-awal. Kau buat kerja last minute, pastu kau nak harap aku bagi komitmen. Memang tak la. Hik3. Bajet marah je. Bukan marah, nasihat je. Sila ambil iktibar. p/s : i'm going to aswan tonight. ^_^ 1st time
Thursday, August 18, 2011; 11:48 PM
Bismillah... 19 ramadhan. Masya-Allah. Begitu cepat masa berlalu. Kali pertama atau dalam bahasa inggeris "1st time". Walaupun belum berakhir tahun 2011, dah macam-macam perkara berlaku tahun ni. Baru saya sedar, dalam tahun 2011 ni, banyak perkara yang pertama kali berlaku kat diri saya. Dan saya bangga untuk umumkan sebahagiannya kat sini. hik3. 1. First time balik ke Malaysia masa "cuti winter". Tiket percuma pula tu. ngeh3. Terima kasih "kerajaan" Malaysia! 2. First time saya balik semula ke Cairo dengan berat beg tak sampai 20kg pun. huuu. 3. First time saya pergi rumah kakak (Nur Hazirah Zainal Abidin) sebab nak pinjam buku dia. Kosan eh, rumah eh dokek yo dengan rumah atuk. ngeh3. 4. Semua yang berlaku masa proses evakuasi adalah first time! Naik Saudi Airlines. Pergi ke Jeddah. 5. First time ada kawan dari Universiti Al-Azhar, Mansoura. Semua ni sebab evakuasi. 6. First time ada perlawanan bola sepak antara pelajar Malaysia dan pelajar Mesir. 7. First time duduk imarah tanpa bobby (Dr. Faizal Azmi) sebab dia dah habis belajar. huuu~ 8. First time kena cari rumah dan nak pindah rumah selepas 3 tahun duduk rumah yang sama. 9. First time buat macam-macam resepi seperti seri kaya, martabak, lempeng, ayam kukus, dan lain-lain. 10. First time ada kawan arab (Ahmed 3allam) ajak berbuka sekali kat rumah dia. Next week kot nak pergi. 11. First time kena repeat paper sepanjang pengajian ilmu Medic ni. 12. First time beramadhan di Mesir dan tidak pulang ke Malaysia semasa cuti "summer". 13. First time main ice-skating kat Mesir ni. 14. First time merasa solat tarawih yang paling panjang dan yang paling pendek seumur hidup ni. Dan first time dapat solat sekali dengan Sheikh Jibreil. =) 15. First time ada perasaan yang tak pernah ada masa tahun2 lain. ngeh3. Tak boleh nak describe. lol Cukup la setakat ni. Maleh nak tulis panjang2 haa. Ado laie tu tapi dah loteh. kih3. Eh! I miss you. Lol. Xpayah nak mengarut la kat sini. bye2~ p/s : semoga kita sama-sama mencari keberkatan bulan ramadhan dan semoga Allah memberi kita peluang untuk bertemu dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Insya-Allah. =) Sahur martabak
Saturday, August 6, 2011; 6:02 AM
Bismillah... Hee. Lama dah menyepi. Ada sebabnya. :) Tak kisah la. Sekarang ni, nak update pasal sahur martabak. Buat sendiri kot. Tak sangka boleh buat sendiri. Sebab tengah hari tu saje2 check resepi kat internet. Then terus beli barang2 dan buat. hehe. Chef acpu, muklamat and anwar. Malas nak tulis, penat la. puasa. hihi. Nak buat inti martabak and nak uli kulit martabak tu start lepas asar. Pastu berhenti berbuka kat rumah orang lain dan solat terawih. Pukul 2 pagi baru la bermulanya scenes ni.... Then..video la plak. =) Mesti suara dengar lain bila dalam video. huhu p/s : ssa :) |