Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| m.o.o.d
Sunday, December 26, 2010; 10:43 PMBismillah... Herm..Benda paling aku tak suka terjadi lagi. Esok ada exam, lusa ada exam, hari ni takde mood. Heh! Apekah? Makan dah, tidur dah, main bola pun dah, apa lagi yang tak kena ni? +_+ Help me please..Kenapa ni anwar? Cam ne boleh jadi macam ni? Mana la saya tahu. Bukan saya nak jadi macam ni. Awak, saya penat la nak taip panjang2. Takde mood la nak menaip. Kalau awak datang sini boleh tak? Saya nak dengar cerita awak je. -.-" what a day
Wednesday, December 22, 2010; 10:08 PM
Bismillah...
Hye awak! Awak sihat? Eceh, cam tuju kat sorang je. huhu. Tak lah, tuju kat semua la. Eh tak2, tuju kat sape yang baca je. ngeh3 Ok, motif sebenar entry kali ni, aku nak cite apa yang dah berlaku semalam. Banyak sangat perkara yang kelakar. So meh kita kongsi2. Sharing is caring right? hee ;) From previous entry, sume org dah taw aku ada exam parasit. So malam tu agak bersungguh-sungguh gak la membaca serta menghafal sampai tak tidur kot. Tiba masa exam, doktor masuk. Dalam hatiku, ouch, dah tiba masanya. Tawakal je la (dup dup..) Suddenly, doctor cakap, "today we will learn about...bla..bla..bla..The exam will be next week". HAH! wth! haha. kelakar. ye sangat kelakar. Aku tergelak. Macam wa kena beb je. hahahahaha. Muka dak2 ni ada cam bengang pun ada gak. Doktor cakap, "it's ok. you can revise it again". hahaha. Gelak2! Nasib baik kelas habis awal. Belum pukul 11am dah habis. Huh. Awal ni. Belum pukul 12 lagi. Sempat lagi kalau nak pergi buat visa. Sebab mak cik yang jaga tu selalunya kalau dah pukul 12 dia tak bagi buat dah. Aku terus bergegas bertolak meninggalkan kawan-kawanku yang lain. Dah naik metro (ktm version mesir), akhirnya aku sampai ke destinasi yang dituju. Sampai kat pejabat, tiba-tiba... eh, kena beli setem 83 LE. Awat rasa lain macam je ni. Aku check wallet aku. Ada 64 LE je. OMG! Apekah semua ni? hahahaha. Kelakar! Sila gelak lagi :))) Nak buat cam ne kan. Dah nasib badan. Jadi aku ambil langkah bijak. Aku keluar pejabat. Tunggu je kat luar bangunan tu. Harap2 ada lagi orang melayu yang nak buat visa. Boleh la pinjam duit dia dulu. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu. Boleh agak kan berapa lama aku tunggu. Jawapan dia tak nampak pun batang hidung melayu. haha. Orang arab sekeliling, buat aku panas gak la. Duk usha2 aku. Wey! Apa tengok2? Bajet aku orang asing je. Memang pun. Ok2, silap, i mean, aku manusia gak kan? Apa yang pelik sangat? Buat rilek dah la. +_+ Akhirnya, dah pukul 12. Dah tak de harapan. Dengan langkah yang agak berat, aku terpaksa juga la meninggalkan tempat tu. Lain kali je la kot. Dalam perjalanan balik, aku ternampak ada satu kereta mercedes ni. Hatiku berbisik, ni mesti antara orang kaya kat sini. Saat aku melintasi kereta tu, tiba2 tingkap terbuka. Awat ni? Nampak la seorang perempuan ni dan dia terus cakap, "ni hou". Cheh! hahaha. Tak cukup lagi ke benda kelakar yang aku tengok hari ni? hahahahaha. Layan je la. Satu hari banyak betul benda kelakar berlaku. haish. Tapi hari ini.... Time aku balik dari universiti, ada sorang budak ni sengaja tolak kawan dia bagi terlanggar aku. Kecik je budak ni. Dalam darjah 5 kot. Haish. Panas tol. Ikut hati dah pukul je dak ni. Memang aku dah bagi pandangan tajam kat budak tu. Tangan hampir2 je naik. Tapi tiba-tiba aku teringat kata-kata ni, "antara orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah". Sabar2. Syukur. Nasib baik kau budak. Esok aku cuti. Sebab tu tiba-tiba terrajin update blog. hee. Esok gak result PMR. Haish. Aku lak risau. Ibu ngan ayah takde. Pergi Indonesia. Cam ne la result adikku zulaikha. Hope everything's alright. Amin~~ cumpleanos ^^
Tuesday, December 21, 2010; 2:17 AM
Bismillah... Hye2 monday! Tiba-tiba rasa macam tiap-tiap hari isnin lak update blog ni kan. huhu. Apa kata tukar nama blog ni kepada koleksi isnin. Apa macam? mesti ramai tak setuju kan? lol. Ok, atas permintaan ramai, nama blog yang sedia ada akan dikekalkan. haha. (syok sendiri) Uh, gaya macam rileks je. Macam happy je. Ahakx! Agak happy sedikit sebab tadi baru lepas exam pharmacology. Tapi esok still ada exam parasitology. Mata oo mata, tolong jangan mengantuk lagi. Hati oo hati, tolong la rajin sikit. Otak oo otak, tolong hafal banyak sikit. Anwar oo anwar, kenapa kau on9 lagi ni? haha. org rehat kejap la. -.-" Hari ni habis dah satu buku belajar pharmacology part 1. Kira untuk semester ni, tamat dah. Seronok2! Lepas ni dah xde kelas. Hooreeey! Kelas pharma dah habis, kelas patho pun dah habis. Tinggal lagi dua subjek je lagi tak habis2. Cepat2 la habis. Boleh cuti lama sket sementara tunggu mid-year exam bulan 1. ^^ Hope apa yang dah berlaku tahun lepas tak berlaku lagi tahun ni. Please2. Please get a good result for this exam. Please get an excellent result this time. Please jangan hilang fokus. Semangat oo semangat, tolong jangan hilang. Sedih la bila belajar sungguh2, buat latihan, hafal semua, tapi bila time exam, result xseberapa. Some people may say, ok la tu result ni. But it's not like what i'm expected. I'm expected more. Uh, mengeluh ke ni? ish3. Tak baik mengeluh. Ada la tu sebab Tuhan tak bagi berjaya time tu. Mungkin Tuhan sekat kerjayaan kita hari ini untuk memberikan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Mungkin ada ganjaran yang kita bakal dapat di akhirat yang kita tak nampak sekarang. Tak semestinya Tuhan nak bagi sesuatu tu, kita mesti dapat time tu gak. Itulah antara nasihat we hari tu. Ok, insaf -.-" Thanks we! Ok, sila insaf dan jangan main2 lagi. Masa semakin hampir. Banyak baca buku, jangan lupa baca Al-quran. hee. Araso! Mesti ada yang tertanya-tanya sape we. Cam pelik je nama dia. haha. Dulu nama dia shafiq. Tapi tahun lepas dia jadi ketua untuk satu program ni. So kitorg panggil dia pengetue. Pengetue pengetue pengetue, kalau sebut laju2, lama2 dia jadi we je. Mula2 tu orang cakap shafiq we. Tapi sekarang panggil we pun dah cukup. Sume paham. haha. sian we. Lepas ni balik Malaysia, daftar la nama baru kat i.c. ngeh3. Sebut pasal i.c., aku baru ingat, aku tak tukar lagi i.c baru. i.c lama pun cam dah kuning2. haha. Visa aku pun tak siap lagi. Kira sekarang ni aku adalah pendatang haram kat sini. aiyo. Esok lepas exam sila pergi buat visa!!Ini perintah! Dah penat menulis, (i mean taip laa).. Ini adalah ketua batch tahun 3. Ok, tibe3 aku pakai smart gile. Ini tak lain dan tak bukan coat JPA. haha. Siap ada doctor tanya, apa yang ada kat coat tu. Yeah, "malaysia, student and JPA". lol. Neway, baju biru yang aku pakai time ni adalah baju masa aku pergi interview JPA. Wah, banyak kenangan. Tie INTEC, uitm. Lakin limaza? Leeh ya 3am? ^^ Nak gak terlibat tu. huhu. Ok, stokin baru beli 2 hari lepas. Masuk ni, dah berapa banyak ntah stokin aku belang2. Yeay, aku suke. haha. Beli sendiri ok, bukan birthday present. haha! Time tengah baca pasal parasit, tiba2 terfikir nak bagi nama kat laptop. Yela, kalau xde nama, nanti nak panggil apa? Tak kan nak panggil woi2 je. Nanti kang, dia marah lak. Dia cakap, "ape woi2. xde nama ke nak panggil?". Pastu mesti aku jawab, "memang kau xde name pun! haha. " lol. So, aku dah decide nak letak nama laptop ni cumpleanos~~. Style kan? ngeh3. I like that word. Lepas2 ni, sila panggil nama sebenar dia ok? p/s : when you try your best but you don't succeed. Housemates
Tuesday, December 14, 2010; 2:19 AM
Bismillah... Hey! It's monday again ^^ Macam biasa, kena pakai baju formal. Tapi, dah 2 hari matahari seakan malu untuk memperlihatkan dirinya. Angin pula seakan mengambil kesempatan bertiupan sekuat hati. Akibatnya, semua orang berada dalam kesejukan di samping debu-debu yang berterbangan. haha. Tidak lagi kelihatan orang yang duduk di taman. Banyak kedai dah tutup tingkap untuk menghalang habuk daripada memasuki kedai. Yang kelihatan hanya pintu masuk utama sahaja. Tangga halaman rumah yang baru disapu juga sudah dipenuhi habuk dan pasir-pasir. Namun, misi untuk memakai baju kemeja tetap diteruskan. lol. Disebabkan dah rancang nak pakai baju berlapis-lapis, jadi baju kemeja tu sekadar nampak "koler" sudah. ngeh3. Okay la tu. :p Bergambar kenangan dengan bakal-bakal exco ^^ badan nampak cam berisi. Ya, memang berisi. Berisi dengan baju berlapis2. Rasa cam nak tercekik je pakai tie kat dalam tu. +_+ atan, haziq kur, me. Paul smith (zul), chip (ridzuan), me (again). I'm not sure what's wrong. Somehow, there's lighting beside me. haha. Takpela, orang cakap muka bercahaya. heee Ok, dua tu je gambar untuk minggu ni. Next week, orang lain pulak ye ;) **************************** Finally, aku menjejakkan diriku ke alam umur puluhan. Selamat tinggal umur belasan tahun! :'( Tak dapat la nak bangga-bangga lepas ni. Sebelum ni, aku mesti cakap, aku remaja belasan tahun lagi. Dan memang tiap-tiap tahun aku akan bangga jadi antara yang termuda. haha. Apeke, tu pun nak bangga. Biarlah! Jadi, tahun ini sepatutnya antara birthday yang special. Because, this is the turning point. Umur duapuluhan. haish. Macam tak berapa nak sedap. Tapi kalau orang dengan puluhan tu, mesti orang dah tak anggap kita budak sekolah lagi. Kalau nak potong rambut pun harga dah naik. Tak boleh nak kelentong lagi. hik2. >Sekarang, aku sudah menjadi remaja purba. Sama dengan kawan-kawanku yang lain. Hey friends, kita dah sebaya la. ^^ Ouch! ada lagi yang tak tahu bila birthday aku. Meh sini nak bisik. 11/12/10. :) Style tak? Style kan? huhu. 11/12/11, 11/12/12. and so on...Bangganya lahir dalam tarikh yang cantik. Sila jeles ok! ;) Okay2, bagi sesiapa yang agak2 belum wish, Peluang masih terbuka. Segala ucapan masih diterima walaupun ada tambahan "belated". haha. wtv~~ Tapi2, nak hadiah!! Takde sape ke nak bagi hadiah birthday kasut nike size 7 warna merah? haha. Ngade je. Ye, memang saje sebut kuat2. Sebab, kadang-kadang, orang tertanya-tanya. Orang nak belikan hadiah tapi tak tahu nak beli apa. Atas alasan, "aku tak biasa la belikan hadiah untuk orang ni. Kalau bagi benda ni ok ke?". Haa, pernah dengar kan orang cakap cam tu? So, let me make it easier. Cakap terus apa yang nak. Kan senang. haha! Walaupun dah 20, nak gak hadiah. Please2. LOL. >Dah la, penat dah nak merepek-repek-repek-kerepek. :p Thanks to housemateS yang plan makan aiskrim kek cokelat. Susah-susah je. ngeh3. Owh ye, thanks gak kepada semua yang wish~~~ Yang tak wish pun, aku taw korang ingat and doakan aku dalam diam. :p Eley, saje la tu tak nak wish. Takut aku minta hadiah nanti kan? haha. Tektik lama! huhu. Takdelah, saje je tu. Masa birthday pun, ada kelas start pukul 7 pagi. Balik petang terus siap main bola. Pastu penat tido. Ah, tak boleh ke cuti je? -.-" >p/s : Exam semakin dekat. Tolong ingatkan saya supaya tak terleka. Would you be there when I need you? ^^ Profesional day
Wednesday, December 8, 2010; 10:11 PM
Bismillah... First of all, aku ingin sekali mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 buat semua umat Islam. Haa, dah masuk tahun baru ni, apa macam? Ada azam baru tak? huuu~ ******************* Orang cakap belajar kat dalam Malaysia dengan belajar kat luar negara ni lain. Yeke? Orang cakap belajar kat Malaysia banyak assignment. Yeke? Orang cakap belajar kat luar ni relax. Yeke? Entahlah. Nak cakap pun susah. Belajar mana-mana pun sama je. Yang lainnya ialah sistem yang digunakan. Kalau kita tak biasa dengan sistem tu kita akan cakap susah la. Tapi... Berdasarkan pengalaman masa belajar kat INTEC, UiTM dulu, memang agak banyak assignment. Setiap subjek ada assignment. Setiap subjek kena present. Bila datang Cairo tak de la banyak sangat assignment. Tapi tu tak bermaksud belajar kat sini senang. Tak bermaksud juga belajar kat sini susah. Cumanya suasana itu sudah berubah. Masalah komunikasi seringkali membataskan pergerakan. Tapi masalah tu bukan untuk kita jadikan alasan mahupun penghalang. Masalah tu boleh selesai. Practice make perfect. Chaiyok! ^^ Baru-baru ni, persatuan PERUBATAN telah mencetuskan idea supaya semua pelajar perubatan Malaysia yang belajar di seluruh Mesir untuk memakai baju kemeja lengkap pada hari Isnin. Of coz, baju kurung untuk pelajar perempuan! Tak payah la buat-buat tanya. Haish. +_+ Mahu tidak mahu, sebagai salah seorang ahli persatuan perubatan, aku turutkan juga la. Maka pada hari Ahad, mula la nak cari baju kemeja. GOSH! Dah berkurun tak pakai baju formal ni. Hampir 3 tahun belajar kat sini, tak pernah terdetik pun kat hati nak pakai baju formal. Ehem, did you mean liver? yeah. haha. Tie pun ada sehelai je. Tu pun tie masa mula-mula nak datang sini. Kasut hitam memang tak payah cakap, dah lama tak ada. Cumanya, pelik la. Nak pakai baju kemeja masa musim sejuk cam ni? Are you serious? Sejuk kot! Tatkala melangkah kaki ke Cairo University, memang berasa agak janggal. Sebab orang-orang arab tak pakai sangat kemeja ni. Kalau ada pun, boleh kira dengan jari je. Maka bersepah-sepah la budak-budak melayu yang berpakaian formal. Semakin lama semakin ramai yang datang. Maka perasaan janggl tu makin pudar. huhu. Sekali tengok, "wah, smartnya pelajar-pelajar Malaysia! Dah macam doktor dan prof yang nak mengajar". lol. Maka bermula dari saat itu, setiap hari Isnin, kena berpakaian formal. Dan berkemungkinan besar, anda akan mendapati aku memakai baju kemeja yang sama tiap-tiap hari Isnin. haha! Sebab memang datang sini tak bawa baju kemeja. Harap maklum. Just enjoy some of the photos...Sekarang agak malas nak bergambar. :p Kalau perasan, dak pakai baju merah ni ada je kat mana-mana. Happy semacam je. Mesti ada pape ni. Kalau jumpa dia kat mana-mana, tolong sekeh kepala dia. haha p/s : good luck to my clone who is gonna sit for the exam which is just around the corner. Study smart. Jangan hilang focus ^^ bittaufik wannajah. 3andi el imtihan nussu sanah fi awwal shahri wahdah :) oyasumi~ recharge ourselves
Wednesday, December 1, 2010; 11:35 PM
Bismillah... Wah2! Sekarang dah masuk musim sejuk. Suke2! ^^ Kenapa lak suke? Yela, kalau masuk musim sejuk waktu malam makin panjang. Subuh pukul 5 a.m., maghrib pukul 4 lebih. So, kalau waktu malam makin panjang, kenapa lak nak suke? Haish. Kalau malam panjang boleh la tido lama2. haha. Lagipun, kalau ada orang yang jenis study time malam, so, musim sejuk ni dia study banyak la banding dengan musim2 lain, kan? :) Ok, ada benda lain yang saya nak highlightkan kat sini. Perasan tak, kita sebenarnya dah pun masuk bulan 12. Wah! Tiba-tiba excited kan? ^^ Suka saya tekankan, suka saya ingatkan, dan benda yang sama saya akan ulang, bila kita masuk bulan baru, kita mesti ambil kesempatan ini untuk jadikan alasan untuk kita berubah. Untuk melakukan satu transformasi terhadap diri kita. Ya, bila kita masuk bulan baru, kita perbaharui niat kita, perbaharui semangat kita, perbaharui motivasi kita. Supaya kita akan jadi orang yang sentiasa bersemangat dan bermnotivasi. Dalam erti kata yang lain, kita mesti ada plan dan strategi yang baru. Jika saya mengatakan perkataan baru, ini membawa maksud melakukan perubahan. Dan perubahan yang saya maksudkan adalah perubahan ke arah yang lebih baik. =) Kalau sebelum ni kita malas study, masuk bulan baru ni kita jadi rajin study. Kalau sebelum ni bilik kita bersepah, masuk bulan baru ni bilik kita mesti kena kemas. Kalau sebelum ni kita banyak tak buat kerja, masuk bulan baru ni kita jadi yang lebih sistematik. Buat list apa yang perlu dibuat, siapkan setiap satu. Tak ramai yang perasan benda ini. Ramai yang mengambil ringan dan melihat masuknya bulan baru itu sebagai satu proses yang biasa. Dan ramai juga yang tercari-cari masa untuk berubah. Kerana sudah menjadi adat, kalau sesorang tu nak berubah, mesti la ada sebab ataupun ada event. :) Nah, ambil la kesempatan ni. Lepas ni kalau ada orang tanya kenapa kau berubah, cakap la masuk bulan baru, semangat pun mesti la baru. Kan senang ^^ Kita pun dah selalu dengar, Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga seseorang itu mahu mengubah nasibnya sendiri. Tengok2. Kita tak berubah tiba-tiba. Kita tak bangun dari tidur, tiba-tiba jadi seorang yang lain. Kita kena usaha. Dan sudah menjadi lumrah manusia, daripada bayi tidak boleh berjalan, kemudian merangkak, kemudian jalan sedikit dan jatuh dan akhirnya boleh berjalan dan seterusnya berlari. Begitulah saya umpamakan apabila kita mahu melakukan perubahan. Sedikit demi sedikit dan bukannya keseluruhannya secara mengejut. Takut cepat berubah, cepat pula berubah kepada yang asal. Haa, tiba-tiba ceramah kan? huk2. Sekadar meluahkan apa yang ada dalam hati je. Tapi tak semua yang ada dalam hati ni diluahkan kat dalam blog. Ni baru sikit. Kalau tanya hati, macam2 dia fikir. Pasal ni, pasal tu. huhu. Kadang-kadang hati gembira, sedih, excited, teruja, marah, nak melompat, pelik, rindu, sayang, tak sedap hati, konfius, dan macam2 lagi la. "...Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati" sebahagian daripada hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim (hadis 6) |