Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| Kita kan orang melayu
Saturday, November 27, 2010; 7:21 PMBismillah... Hye2! Lama sudah aku menyepi. Semuanya gara-gara internet yang tersangat la lembab or lembap dalam erti kata lain tak laju, lambat macam siput! Tambah-tambah ada exam minggu lepas dan minggu ni. Haa, macam tepat-tepat je kan. Exam dan internet lembab/lembap. Haish. +_+ Habis tu, sekarang ni internet dah laju ke? Rilek je online ni. haha. Mana ada laju! Ok sikit la. Tak selembab/selembap semalam tapi still lembab/lembap la. lol. Pelik2 je. Kalau akhir bulan mesti jadi macam ni. Apa-apa pun, 3 subjek dah habis. Tinggal parasitology je lagi. Sila bersiap sedia untuk exam ok?? Disebabkan terdapat kekeliruan masa aku nak tulis entry ni, aku mengambil langkah proaktif mencari maksud perkataan dalam kamus online. hoho. Sila baca dengan teliti. LEMBAB - lambat berfikir; tidak cekap atau tidak cergas : Pelajar yang ~ diberi kelas tambahan. LEMBAP - masih basah; tidak kering benar : Kain di jemuran masih ~ kerana hari tidak panas. Okay. Dah jelas kan? Jadi, kesimpulannya kat sini, perkataan yang paling sesuai untuk internet adalah LEMBAB! haha. Kenapa tiap-tiap kali turn aku masak je, semua orang kenyang. Semua orang dah makan petang tu. Alih-alih aku makan sorang2. Cheh! Kalau sekali dua boleh terima lagi. Masuk ni dah banyak kali ni. Haish +_+ Merajuk la cam ni. Tak nak masak lagi la. huhuhuhu. Jangan mengada boleh tak? :p Ok la tu aku kena masak hari ni. Kalau kena hari isnin. huuu~ Tak sanggup2! Hari isnin = hari penat sedunia. Kelas pukul 8am - 4:30pm. (bersyukur dalam hati ^^) ********************* KISAH BENAR.. Satu hari, masa perjalanan aku nak pulang ke rumah dari universiti, tiba-tiba perut aku kelaparan meminta supaya diisi. Lalu aku mengeluarkan "cokelat" daripada beg dan memakannya. "Wey, nak cokelat tak? Ambik ni" kataku sambil menghulurkan cokelat kepada kawanku. "Boleh jugak" kawanku lantas mengambil cokelat dari tanganku dan menghabiskan kesemuanya yang berbaki dua ketul je lagi. ^^ Kawanku memandang sekeliling mencari sesuatu. Oh, tak ada tong sampah kat sini. Belum sempat kawanku membuang pembalut cokelat tadi di atas jalan raya, aku segera bersuara, "eh2, jangan buang, jangan buang. Bak sini" Kawanku membatalkan niatnya untuk membuang sampah tadi dan memberikan kepadaku. "Kenapa? Sape bagi cokelat tu?" kawanku bertanya. Aku tersentak. Erk. Aku kurang mengerti soalan itu. Diam seketika dan berfikir. "Takdelah, aku memang tak buang sampah rata-rata" akhirnya aku bersuara. Memang sudah menjadi kebiasaaku memasukkan pembalut makanan yang aku beli ke dalam beg sehingga aku jumpa tong sampah. "Oooo, ingatkan ada someone bagi" balas kawanku. Aku senyum. :) Ada dua benda aku belajar kat sini.
Huhu. Aku tersenyum sendirian memikirkan gelagat kawanku tadi. Lantas aku teringat kata-kata kawanku sebelum ni, "rilek laa. Orang arab pun suka buang sampah merata-rata. Aku dah anggap mesir ni, kat mana-mana pun sebagai tempat sampah". Tak boleh la macam tu. Kita kan orang melayu. Budaya kita lain. Kita tak dididik macam tu. Kalau orang arab buang sampah rata-rata, kenapa kita nak ikut? Kita bukan orang arab. Kita kan orang melayu. Orang melayu kan baik-baik. ^^
Dulu masa kat INTEC, ada seorang ustaz ni pesan, "kalau pergi mesir nanti, buangkan melayu tu kat KLIA. Nanti dah balik dari Mesir, ambil balik melayu tu. Sebab orang arab ni semua ganas2. Nak naik bas kena berebut. Kalau nak lintas jalan kena berani. Tak boleh patah balik. Kalau kita bawa melayu kita tu, tertinggal la kita". Mungkin inilah yang cuba dipraktikkan oleh kawan-kawanku. Alahai. Jangan la macam tu. Memang la, untuk sesetengah perkara boleh la kita praktikkan apa yang ustaz tu cakap. Tapi kalau benda yang tak baik, takkan kita nak ikut juga, kan? Bila kita berada di negara orang, memang kita boleh tengok budaya orang lain. Banyak benda yang kita boleh belajar. Yang baik itu kita ikut, kita jadikan panduan. Yang tak baik tu kita tinggalkan, kita jadikan sempadan, kita belajar daripada kesilapan orang lain. Barulah kita boleh jadi orang yang hebat, tak begitu? ^^
Seringkali aku dengar kawanku berkata, "ada gak kelebihan arab ni aku tengok. Kalau naik bas ke, metro (komuter) ke, kalau ada perempuan ke, orang tua ke, diorng mesti automatic bagi diorng duduk". Ya, memang aku mengakui itu dan aku sangat mengagumi sikap itu. Tengok! Dalam buruk-buruk, ada benda baik yang kita boleh belajar kan? Ambil la apa yang baik tu. Kita kan orang melayu. Orang melayu kan beradab. Orang melayu kan sopan santun. Bangga la jadi orang melayu. Sekadar perkongsian~~~ p/s : esok ada pilihan raya kat mesir. Tapi kenapa tak ada cuti? :p Semua orang sila berhati2 esok, jangan ada yang pergi mengundi lak. hehe mood saya
Sunday, November 14, 2010; 6:49 AM
Bismillah... Sekarang pergi mana2, mesti orang arab cakap, "kulli sanah wenta toiyib" (ucapan yang diucapkan untuk perayaan). Dan aku akan jawab, "aaaa (buat bunyi seakan mengiyakan), wenta kaman (awak juga)". Senyum pastu terus lari cepat2. Malas nanti dia tanya macam2 lak. Kalau aku layan kang, melarut2 sampai tengah malam. haha. Kalau nak senang, cakap je dah lewat, ada urusan, penat, pastu boleh la lari dengan riangnya. Ikut mood la, kalau mood baik, boleh la nak layan. Kalau tengah penat, cam baru balik main bola ke, baru balik dari kelas ke, tolong jangan kacau boleh tak? ^^ Sebut pasal mood, hari ni mood tak berapa baik. Haish. Pagi2 lagi mood dah tak baik. Yela, mimpi tak best. I mean sangat tak best! Ni la orang cakap sebelum tidur tak basuh kaki. haha. Apeke. Hidup aku seringkali dipengaruhi oleh mimpi malam tu. Kalau mimpi tak best, bangun je dah nak tension. Sambil mandi, teringat2 mimpi tadi. lol. Ada sekali tu rasa cam nak marah kawan je, sebab masa dalam mimpi tu dia buat hal. Haha. Tapi kalai mimpi ok, mood pun akan jadi okay. :) Dari pagi sampai la malam boleh tersenyum. ngeh3. Tapi... Mood kita sepatutnya tidak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling ataupun mimpi. Aku pernah dengar prang cakap, "orang yang gembira itu tak semestinya dia senyum, tapi orang yang sentiasa senyum senyum senyum, dia pasti akan gembira". Ni antara contoh kelakuan kita boleh mempengaruhi apa yang kita rasa. Try it! Walaupun kita tak rasa nak gembira, tapi bila kita senyum2, lama2 kita akan rasa gembira. Seronok kan? Kalau ada orang saje nak buat kita marah, nak tensionkan kita, nak bagi kita down, ketahuilah bahawa kita yang mengawal apa yang kita rasa. Takkan sebab orang lain, kita xde mood? Takkan nak biar orang lain yang kawal apa yang kita rasa, kan? Kalau kita suka, kita gembira, kita rasa bertenaga, itulah diri kita. Jangan biar orang lain hilangkan mood kita. :) Biarlah orang buat apa pun kat kita, yang penting diri kita gembira. Kita jangan nak marah2. Tak baik. Marah tu dipengaruhi dengan emosi. Takut2 syaitan ambil kesempatan nak hasut kita sampai kita hilang kawalan. Tak perlu nak berdendam. Maafkan orang. Semoga Allah membuka hati orang lain untuk memaafkan kita. I know it's not as easy as you read this, but at least, give a try. Sometimes things are easy to say than to do it. Okay, itu cuma sometimes kan? huhu. So let make this time it is possible :) Happy2 selalu. Senyum sokmo. huuu~ Cari sebab untuk gembira. Ramai orang tak gembira sebab tak tahu sebab apa nak gembira. Macam2 sebab kita boleh gembira. Maka kita perlu cari sebab untuk gembira, untuk riang, untuk ceria :)
zaman kanak2 mmg la happy. Tak ada homework kan. ^^ Ada orang dapat naik benda ni pun dah suke. Nama pun budak2. ^^ Rabbit. Tinggal kenangan. ^^ Bersama haiwan peliharaan kan boleh buat kita gembira. ^^ Tengok sape yang paling semangat dalam gambar ni? See. Tulah ayah. Walaupun orang lain sibuk berenang, dia paling happy. huu. ^^ Kalau dapat berkumpul ramai2 pun best gak. ^^ I'm not sure about this. Ada orang buat lawak kot. haha. ^^ p/s : don't worry, be happy :) Everything happen for a reason
Wednesday, November 10, 2010; 6:31 PM
Bismillah... Akhirnya...akhirnya...akhirnya, habis pun minggu ni ^^ eh, hari ni kan baru hari Rabu, nape lak habis minggu ni lak? Bukan hari Jumaat ke hujung minggu? Haa, tulah kau. Tak tahu hujung pangkal, pastu nak menyampuk2. hik2. Kitorg pelajar tahun 3 cairo univ. cuti hari khamis dan jumaat. Sabtu dan ahad kelas macam biasa. Pelik kan? Pelik tak pelik, aku tak kira. Yang penting minggu ni dah habis. Dah cuti!!! Hooreeeey! Semoga minggu baru memberi perubahan. Nak dijadikan cerita, minggu ni semua benda seakan tak kena. Jalan kat jalan raya, tiba-tiba ada kereta laju langgar air terkena aku. Banyak betul dugaan minggu ni. Dalam pada aku sibuk mengadu kat kawan2, kadang-kadang aku terlupa mengadu pada Allah, yang Maha mendengar segal rintihan hamba-Nya. Kadang-kadang, kawan bukannya selalu ada masa untuk kita. Kawan-kawan lain pun manusia gak. Dia pun ada masalah masing-masing. Tatkala aku membaca al-quran serta terjemahannya, aku terbaca ayat ini : "Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (surah taghabun, ayat 11) Alhamdulillah. Hatiku tersentuh. Benar sekali. Semua dugaan itu datangnya daripada Allah. Dan Allah tidak akan memberi dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Maka jika kita buntu mencari jalan keluar, kita perlu merujuk kepada Allah. Insya-Allah. :) Betapa cekalnya, kuatnya iman seseorang itu, hanya dapat dilihat setelah dia diuji. Aku mula sedar. Jika aku tengok orang lain, ada yang diuji dengan pelbagai masalah yang lebih besar. Ya, setiap manusia itu diuji dengan berbagai-bagai. Aku baru mendapat sedikit sahaja ujian, mengapa mesti aku mengeluh? Maka aku mula mengubah fikiran aku. "Always look at the bright side in the dark room". Setiap perkara yang berlaku itu, bukan saje2 terjadi kan? Pasti ada sesuatu yang kita tidak sedar. Atau setidak-tidaknya, pasti ada sesuatu yang kita boleh pelajari daripada sesuatu itu. :) Be strong anwar ^^ Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi support kat aku. Glad to have you. Dah2, jangan tension2. Meh tengok gambar ok? Haa, tengok2. Nape semua nak tension2 ni? +_+ Happy go lucky cam ni kan bagus ^^ Rambut xde la panjang sangat kan? Tapi apa la doktor yang ajar parasitology hari tu tanya benda bukan2. haha. Tak logik~~~ at cairo university Okay, sekarang cuba tengok gambar bawah ni pulak... Mula-mula pegang2 tangan masa nak balik. Ape cite ni? Pergi depan, haa, kan dah kantoi! Muke macam happy je. Buat muka tak bersalah lak. huuuu~ Sampai la rumah tangan tak nak lepas. lol. Manis! (sweet) :p Ini lah pasangan merpati bahagia. Semoga kekal ke anak cucu we! (sudah pun mempunyai ikatan yang sah) p/s : Lagi satu, kalau tension2, sila bersenam. Boleh melapangkan fikiran. Will get better then :) it's november!
Monday, November 1, 2010; 12:04 AM
Bismillah... Sila tengok tarikh gambar ini. Sangat penting untuk memahami entry kali ni. Dengan bangganya nak memaklumkan sekarang dah masuk 1/11/2010. Cheh. Apo yang nak bangga sangat? Takde la. Kan dah masuk bulan baru. Bulan baru mesti la ada elaun baru. ngeh3. Tapi2, start dari bulan baru, dari elaun baru, aku nak jimat2. Sebab ada plan untuk tour. Join jom. lol. I'm not sure the total cost. But roughly, I should save about 3+++ usd. Okay. Belanjawan baru mesti dibuat. huuu~ 3 elemen penting dalam perbelanjaan, makanan, kesihatan, pelajaran. Buy something that you need rather than what you want. Wah! Besar betul cita2 ni. Biar la. Kan bulan baru. Semangat baru. huuu~ Tapi2, bila fikir balik, "eh, dah bulan 11 rupanya". Kejap je kan? Belajar pun macam dah byk. Kalau esok tiba2 ada "shock exam", agak2 boleh jawab x? teeet. No komen. haha. General speaking, kalau tanya soalan sng2, boleh la jawab. Tapi masalahnya, asal lak tiap2 minggu ada exam pharmacology? Pelik. Asal doktor tiba2 rajin nak buat exam? Then nape kalau setiap soalan yang salah kena tolak markah? Uh. Kejam2. Penat2 aku aku jawab soalan lain dengan betul, last2 kena tolak markah sbb ada jawapan salah. -.-" Habis tu nak buat cam ne? Kena la jawab semua betul nampaknya. huuuu~ Ada lagi benda pelik. Sekarang dah pukul 12 lebih. Mata tak menunjukkan tanda2 nak tidur. Aduh. Tolong la mata. Tolong la mengantuk. Esok kan ada kelas pagi. Subuh kan pukul 4. Esok kan kelas pagi sampai 4:30 ptg. Esok kan hari penat sedunia. Please tido. Heh. Sia2 je ckp kat mata ni. Bukan dia dgr pun. Haish. Kalau cakap kat telinga, boleh gak telinga nak dengar kan? haha. Dah mula nak merepek malam2. Btw, aku ada fikir satu benda la. Kadang2 hati ni gelisah. Tapi kan, kalau tak ada hati yang gelisah, maka tak wujud la hati yang tenang? kan? Is it normal thing to happen? Sama la kalau kita sakit. Kalau sakit ni tak wujud, maka tak wujud juga la perkataan sihat. Tak tahu macam mana nak gambarkan keadaan ni. Perkataan penyakit, ubat, doktor, rawatan, pesakit, semua tak wujud. huhu. Begitu juga bila kita gagal. Kadang2 kita seolah tak dapat nak menerima. Tapi kan gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. Kan? Kalau fikir balik, kalau tak ada istilah gagal, maka tak wujud juga perkataan berjaya. Apa maksud berjaya? Semua org tak dapat nak jawab. huuu~ Means, ada hati yang gelisah, maka bila hati kita tenang, kita bersyukur. Ada kala kita sakit, ada masa kita sihat. Maka kita akan mensyukuri nikmat sihat itu. Begitu juga kejayaan yang kita dapat merasakan kemanisannya dan begitu bermaknanya erti berjaya apabila wujudnya perkataan gagal. Eh, tadi ckp satu perkara kan? Ni mcm dah byk je. huuuu~ Tapi kan, macam mana lak dalam keadaan ni. Kalau kita dahaga, kita minum air. Kalau kita lapar, kita makan. Tapi kan, macam mana kalau ada wujud satu lagi perasaan, bukan lapar, bukan dahaga, tapi perasaan ni memerlukan kita masukkan sesuatu dalam perut, tapi bukan makanan bukan juga minumam, tapi benda lain yang kita belum discover lagi. Bila kita ada perasaan ni, kita akan reflex macam kita lapar dan dahaga tapi dia ada nama dia sendiri. Uh, kalau wujud la benda macam ni, mesti semua orang terkeliru kan? Macam mana kalau dalam dunia ni, tiba2 ada 9 nombor je. Contohnya, ada nombor 1,2,3,4,5,6,7,9,10. Then teruskan 11,12,13,14,15,16,17,19,20. Kiranya kalau kita kira dengan tangan, kita boleh kira sampai 11. Seronok kan? huuuu~ Macam mana pula kalau ada penambahan nombor. Katakan lepas nombor 8 ada satu nombor baru, let say it's name is "sipe". Means, kalau kita kira, 1,2,3,4,5,6,7,8,sipe,9,10. Then teruskan 11,12,13,14,15,16,17,18,sipe belas,19,20. Macam mana eh kita nak kira dalam keadaan macam ni. Jari kita ada 10 je. Or may I say 9 in this case? huuuu~ Seronok ^_^ Lately, tak tahu kenapa suka fikir benda pelik2. Tapi kan, kalau ada perkataan pelik, mesti ada perkataan "tak pelik". Maksudnya kadang2 kita fikir pelik2, kadang2 kita fikir benda tak pelik. Boleh ke macam tu? Uh. Dah la tu. Dah masuk bulan baru ni. Please study untuk exam esok. Owh, siapa2 yang rasa ada fikiran cam pelik2, sila la kongsi. It should be fun. :) Sekian~ p/s : bagi chance la kat orang lain pula nak menang. Semangat hobin tak pernah pudar~ |