Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Pak cik Azmi
Sunday, August 29, 2010; 7:16 AM

Bismillah...


Sedar tidak sedar, sekarang ni sudah masuk pertengahan bulan Ramadhan. Masya-Allah, sungguh cepat masa berlalu. Setelah selesai berbuka puasa, aku memakai jubah berwarna cokelat, bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib. Ini kali kedua aku memakai jubah ini. Kebiasaannya aku hanya memakai jubah berwarna hitam dah biru gelap. Ya, sudah lama aku tidak memakai baju melayu. Sudah terbiasa dengan jubah agaknya. Selepas berwuduk, aku segera menunaikan solat maghrib berjamaah bersama adik-adikku.



*****************


Sampai sahaja aku di Surau Taman Dato' Wan, tiba-tba seorang pak cik menyapaku, "minta maaf pak cik tanya. Betul ke kau ni cucu cikgu Aziz Juraimi?". "ye saya" jawabku ringkas. "Alhamdulillah. Pak cik dulu belajar mengaji dengan dengan atuk kau. 8 tahun pak cik belajar. Daripada zero knowledge, sekarang ni pak cik dah 30 kali khatam al-quran. Atuk kau cakap, kalau datang pukul 2 pagi pun dia boleh ajar mengaji. 8 tahun pak cik mengaji dulu. Kau ni doktor ke?". Sungguh bersemangat pak cik ini bercerita, bisikku.


Kata-kata ak cik Azmi tadi tu masih terngiang-ngian dalam kepalaku. Aku terbayangkan betapa besar pengorbanan atuk dalam menyampaikan imunya dan mengajar orang mengaji. Aku terus terbayangkan, kalau pak cik tadi belajar mengaji dengan atuk daripada tidak tahu apa-apa sehingga sekarang ni dah 30 kali khatam, setiap kali dia membaca al-quran, sudah pasti atuk mendapat sahamnya. Masya-Allah. Sungguh besar ganjaran itu. Inilah kelebihan apabila kita menyampaikan ilmu yang kita ada. Aku segera tunduk mengenangkan apakah yang dapat kucurahkan untuk masyarakat sekeliling. Aku kian sedar betapa masyarakat amat menghargai kita apabila kita berkongsi ilmu dan membantu orang lain. Dalam diam aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan menaburkan bakti kepada masyarakat. Namun niatku bukanlah untuk mendapat pujian mahupun perhatian, tetapi niatku agar semua orang mendapat manfaat dan kebaikan daripada apa yang aku lakukan.



***************


p/s : sangat jarang dapat on9 sebab duduk kat rumah atuk. Banyak benda nak cerita tapi semuanya terkendala. Harap semua orang dapat memanfaatkan bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari saja lagi. Semoga semua memperoleh keberkatan-Nya.

Salam merdeka~

2 Lovers??



KLCC
Friday, August 6, 2010; 4:26 PM
Bismillah...





"Bila kita buat baik kat orang, orang akan buat baik kepada kita. Bila kita tolong orang, orang akan tolong kita". Ya, aku sangat percaya dengan kata-kata ini. Biarlah kita sentiasa buat perkara yang baik. Tapi kan, kadang-kadang, bila kita buat baik pun, ada orang tak suka, ada orang akan cakap macam-macam. Pernah sekali aku teman kawanku pergi buat "syahadah" di universiti. Dia pun cakap, "asal kau baik dengan aku ni, kau ada buat salah ke? Baik mengaku kau buat salah apa. Ke ada apa-apa ni ". Haa, time tu aku pun tak tahu nak cakap apa. Nak teman dia sebab nak teman la, tak perlu ada sebab. Owh, baru tahu, kalau kita buat salah dengan orang, kita kena buat baik kat dia untuk menebus kesalahan. haha. Tak kurang juga kalau kita tolong orang, orang lain lak yang mula gelabah cakap belakang. Dia tu mesti ada apa-apa tu sengaja tunjuk baik. Haish, nak buat baik, nak tolong orang pun mesti ada sebab. Pelik la. Bukan ke kita suka kalau orang tolong kita bila kita susah walaupun kita tak minta tolong kat dia pun? OK, kalau macam tu, aku tolong orang sebab tak nak orang lain susah, susah senang biar bersama. haha. Yela, kalau kita tolong orang, bukan ke menunjukkan kita ni prihatin atas apa yang berlaku. Tak delah buat hal masing-masing je. Tak delah pentingkan diri sendiri. Nanti kalau tak tolong, orang cakap SOMBONG, tak pun cakap, "ai, tengok je ke?". LOL.





Tapi2, (hee, banyak lak tapi kan), ada kan orang nak ambil kesempatan bila kita buat baik. Dulu, masa aku balik dari intec, terjumpa seorang ni kat ktm kuala lumpur. Then, dia mula-mula buat-buat la tanya ktm kat mana eh. Ok, aku tak suspek apa-apa. Aku pun mula berkenalan dengan dia. Tiba-tiba dia buka cerita sedih dia pula. Cerita dia memang lagi sedih dari cerita sedih dalam drama. Then minta duit sikit. Aku pun bagi la dalam RM30 kat dia. "Saya boleh tolong abang ni je". Sebelum pergi dia minta lagi, aku cakap, "maaf la, saya dah tak ada duit ni". Dia cakap nak ganti balik duit ni. Disebabkan itu kami bertukar nombor telefon. Esoknya, dia telefon. Aku dah bertekad, nak angkat telefon nak cakap, "tak apa la bang. Duit tu tak payah ganti laa". Tapi2, angkat je telefon, tak sempat aku nak cakap apa yang aku dah rancang, dia dah buat cerita sedih lagi satu pula. Then nak minta duit lagi nak tampung tiket flight dia. OMG! apo cito ni. "maaf la bang, saya ni keluarga besar, saya tak kaya, saya pun bukan berkerja, belajar lagi". Tapi dia merayu2 la nak pinjam gak. Konklusinya, tak dapat pinjam gak. haish.



Dulu kawan aku pernah pesan, "kita tak boleh puaskan hati semua orang". Erm, maybe boleh. Tapi kan susah. Kadang-kadang kita buat baik, ada je orang tak suka. Orang kan banyak ragam. haha. Ini sekadar introduksi saja ;)




*********************************



Yesterday, I went to KLCC. Dengan bangganya nk cakap, masuk ni dah 2 kali pergi sana. hahaha. Motif utama, nak jalan2 @ keluar dari rumah. Motif sampingan, nak beli buku. Tapi cakap kat ibu nak beli buku. hik3. Maka keluar la seawal jam 9:40 pagi selepas menyiapkan semua kerja rumah. (nak gak cerita tu..huhu) Jejak je kaki dalam ktm, perut mula rasa lapar. So, sampai KL sentral, terpaksa la makan. Sampai KLCC, macam biasa, sesat. Entah mana-mana merayau tapi tak tahu arah tuju. Tengok papan petunjuk pun pening2. +_+



Lastly, jumpa la kedai buku kat atas sekali. ngok ngek tol la. Dah agak dah mesti atas sekali. Tapi tak ikut cakap hati. Kan dah penat. Siapa cakap ikut hati mati? hish. Ok, aku baru beli dua buku. Makin bertambah-tambah la koleksi buku aku. Hari tu, lepas exam, sungguh2 beli buku baru, cakap nak habis kan baca la. Buku tu dah habis ok? Sebab transit kat DOHA, lama la tersangat2. 12 jam!! Puas la jalan2 kat airport qatar. Orang lain duk sibuk on9 sebab ada WIFI percuma, tapi aku tak dapat nak on9 sebab laptop ngok ngek. Nak tak nak, baca je la buku tu sampai habis. Tapi2, ntah macam mana, terbeli lak lagi satu buku masa jalan2 kat airport qatar, "The rules of Life". Buku ni pun best gak. Then, balik rumah, jumpa lak satu buku kat almari ni, "The power of Apology". Masa hantar bangah nak fly ke mesir, one of my junior bagi hadiah novel,"denyut kasih medik". Total 3 buku + 2 baru beli = 5. Tapi, susah kan kalau ada hobi beli buku. Nampak tajuk macam best je nak beli. Tolong la stop beli buku2. Tu buku medik tahun 3 tu bila nak baca. Ok2, dengan ini, saya akan "berusaha" menahan dri daripada membeli buku selagi tak habis baca buku yang dah dibeli. =)



Tiba2 ada orang ajak tengok cerita tekken. Sejuk la plak dalam tu. Nasib baik cerita best. Siapa2 yang belum tengok, sila tengok. Tapi yang bawah 18, diam2 je la kot kalau nak tengok gak. 18PL kot!



Selepas solat asar, tak pasal-pasal aku dapat kawan baru dari moroco. hik3.(sebab tunggu sorang budak ni solat lama sgt) Sebabnya dia solat kat sebelah tadi. Lepas pakai kasut, perasan la, dia ni la yang solat sebelah aku tadi. Lalu dengan tiba-tiba aku pergi tegur dia, "where are you come from?". Haa, kan dah terlebih peramah dah. Lepas perkenalkan diri dan berbual-bual, dia mengaku dia faham bahasa arab mesir yang aku cakap tapi dia tak boleh nak cakap bahasa arab mesir. Dia boleh cakap bahasa arab moroco ataupun bahasa arab baku. Ooo, baru tahu itu keadaannya. Macam mane pun, kena gak belajar bahasa arab mesir. Kalau tak, macam mana nak faham apa diorg cakap kan? Seperti yang dijangka, dia suka berada di Malaysia. Dia cakap dulu, dia bercita-cita nak menetap di Malaysia. osah eh tu. Tapi takdir dah menentukan dia duduk kat holland. pulak. Sebelum berpisah, dia sempat memberikan e-mail nya dan pesan, "if you need anything, just send e-mal to me. If you need information about medicine or new books, I can get t for you". Wah! I'm speechless ;)



Sebelum balik, sempat la aku pergi mengisi perut dulu. Sementara menunggu pesanan siap, ada seorang perempuan arab datang kat sebelah sambil cakap, "excuse me sir". 3-4 kali dia jerit tapi disebabkan abang pekerja tu sibuk sangat, dia tak dengar. Ish, kesian lak tengok dia ni. Then, macam biasa, aku buat2 la tegur dia, "can I help you?". "yes, I want bla bla bla...".Ok, baru aku faham, dia nak bekas and plastik sebab nak bungkus makanan yang tak habis makan. Aku pun panggil la, bang2 (sambil tunjuk isyarat untuk melayan orang sebelah ni). Abang tu datang dan cakap, "yes, can I help you?". Tapi perempuan tu tak cakap pape. Dia pandang aku sambil tunjuk2 kat aku. Cheh. Ok,"dia nak bekas and plastik nak bungkus makanan". (tiba2 jadi jurucakap) Lepas dapat plastik tu, dia pun cakap "thanks". Best kan kalau kita tolong orang dan orang percayakan kita =) Cuba kalau aku buat tak tahu je tadi, mesti dia cakap cam ni, "ngok ngek tol la orang Malaysia ni..tak cekap langsung buat keje..tak dengar ke aku jerit2 ni..yang dak sebelah ni pun lagi satu, bukannye nak tolong"..hik2 ^.^


unfortunately, aku tak ambik satu gambar pun kat sana. Sila kecewa. LOL.

p/s : masa puasa maybe kena duk umah atuk. aiyo, xdapek la den nk on9.

1 Lovers??