Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| putera raja
Friday, July 30, 2010; 1:04 PMBismillah... Pada suatu hari, seorang putera raja.... hulubalang istana "Wahai cermin ajaib, sila tunjukkan beta manusia yang paling hensem kat airport ni", titah putera raja. sang hamster sekian~
p/s : sila buat cerita sendiri.. 2 important events on 21 July 2010
Thursday, July 22, 2010; 6:07 AM
Bismillah... Bila duduk dengan kawan, tengok kawan ada benda baru, mesti aku pun nak benda baru. Tengok kawan ada laptop baru, mesti rasa nak beli laptop baru. Tengok kawan ada i-pod, i-phone, baju adidas, crocs, kasut baru, mesti timbul perasaan nak beli juga. Padahal tu semua hanya keperluan yang tidak begitu mendesak. Tapi bila balik rumah, tengok ibu dengan ayah penat pergi kerja, tengok adik-adik pergi sekolah, tengok abang-abang sambung study, semua keinginan yang pada mulanya membuak2 terus hilang. Tiba-tiba aku merasakan sudah memadai dengan apa yang aku ada sekarang. Mengapa perlu ikut orang? Mengapa harus ada perasaan cemburu bila tengok orang lain ada benda baru, benda yang lebih canggih sedangkan aku tidak memerlukan sangat. Seringkali aku terleka dan kadang-kadang terlupa akan asal-usulku. Keluargaku tidak kaya, adik-beradik ramai yang masih lagi belajar, belajar perlukan duit, nak beli buku, nak bayar yuran, nak beli baju sekolah, nak hantar pergi kelas tambahan. Kau ingat kau dapat biasiswa, kau dah boleh beli macam-macam? Kau rasa duit tu milik kau seorang? Habis, macam mana keluarga kau yang lain? Uh, fikir la dulu sebelum beli pape. Okay, aku insaf. Tak semestinya kita perlu dapat apa yang kita nak dalam hidup ini. Tengok kemampuan diri sendiri. Jangan nak pentingkan diri sendiri je. DONE, saya berjanji akan berjimat-cermat semester akan datang. -.-'' (harap-harap la benda ni jadi kenyataan) Ok dah, tu pembuka bicara je~~~ ********************************** 2 important events on 21 July 2010 1) Result final exam baru sahaja keluar semalam. Aku berjaya lepas dan insya-Allah akan menyambung ke tahun 3 semester depan. Tapi aku masih lagi bersedih kerana keputusanku tidak begitu memuaskan. Someone said, "okay la tu. Kau nak lulus naik tahun 3 ke atau tak lepas tahun?". Of coarse I want to pass my exam, but pass with flying colour?? Tahun ni punya result sangat menyedihkan. Bila ibu tanya, macam mana result, dapat mumtaz tak? Aku hanya menjawab, "ok la. Dapat naik tahun 3. Tapi ada subjek yang susah la bu. Tak dapat mumtaz". Dalam hatiku sangat2 la sedih. Mesti ibu kecewa kan? -.-'' 2) My friend Diyana @ dekna is going to india, to further her study there. Tiba-tiba lak aku rasa sedih kan. haha. Sorry la aku tak dapat nak hantar kau pergi KLIA. Faham2 la keadaan aku kan. hee. Semoga kau dapat belajar dan hidup dengan tenang kat sane. uh, kalau la dapat kn. lalala. Aku kat cairo pun dah tak tenang. -.-'' But I just wonder when you said to your parents, "ni la nua". Eh, parents kau kenal aku ke? Then your parents ask, "nua mane?". haha. Dah agak, aku tak dikenali. Bila kau jawab, "ni yang join study group dulu. Belajar sekali dengan iqbal kat mesir". Barulah parents kau nak kenal aku. Ok xpe, at least kenal la gak en. wink2** Selamat menuntut ilmu. Dalam kenangan..haha p/s : kemengantukkan telah melanda tapi kelaparan menjadi-jadi. So, nak pergi makan then tidur. haha. Indahnya hidup~~~ Tiba-tiba
Sunday, July 18, 2010; 8:49 AM
Bismillah... Tiba2 rasa tak sedap hati.. tiba2 rasa bersalah.. tiba2 rasa sedih.. tiba2 rasa tersalah cakap.. tiba2 rasa menyesal.. tiba2 rasa cam byk benda nk kena buat.. tiba2 rasa cam tak matang.. tiba2 rasa cam jahat.. tiba2 rasa cam tak tahu nk buat apa.. tiba2 rasa cam tak ada perasaan pape.. tiba2 rasa cam nak patah balik masa lepas.. tiba2 rasa takut nak dapat result.. tiba2 rasa cam tak sedia lagi.. tiba2 rasa macam2.. tiba2 rasa lapar.. tiba2 rasa nak pergi bank.. tiba2 rasa nak beli surat khabar.. tiba2 rasa cam mengarut.. semua berlaku secara tiba2 tanpa dirancang..semua berlaku secara involuntary..semua berlaku tanpa kawalan.. p/s : erm... sepi
Saturday, July 17, 2010; 4:02 AM
Bismillah... Seorang demi seorang kawanku telah pulang ke tanah air tercinta. Sedar tak sedar, dah tinggal 5 orang je budak tahun 2 kat bangunan ni. Kesunyian mula melanda. Jarang-jarang sekali bunyi lif bergerak. Pak cik- pak cik di kedai mula bertanya di mana budak-budak Malaysia pergi. Aku hanya mampu menjawab, "kullu yusafir maliziya". Suasana di masjid mula lenggang tanpa pelajar-pelajar Malaysia. Diriku mula bosan. Nak main bola tak cukup orang. Nak main bowling tak ada teman. Nak pergi shopping, tak ada duit. huhu. Maka tinggallah 5 orang budak hitam bersama laptop masing-masing. Hanpir sahaja 24 jam aku berkepit dengan laptop. Mula mengaktifkan diri dengan movies dan games. Waktu tidurku juga sudah lama terganggu. Malam bukan lagi waktu tidur bagiku. Dan waktu makanku juga terganggu. Kemalasan untuk memasak semakin menjadi-jadi. Setiap hari aku terpaksa mengikat perut disebabkan malas nak masak. Aku semakin kerap makan di luar. Haih, makin kurus la aku nampaknya. Keadaan di sekitar Sayeda Zeinab seakan sunyi dikala musim panas ini. Owh, bagaimana harus aku lalui hari-hari mendatang? Sudah 3 hari result untuk pelajar tahun satu keluar di internet. Pelik. Kami pelajar tahun 2 dan 3 habis exam dulu, tapi result tahun satu keluar dulu. Aku mula gelisah memikirkan pasal result yang akan datang. Beberapa kawan dan ibuku menasihatkan supaya tidak risau sangat, kita perlu berdoa pada Allah. Tapi apakan daya, perasaan takut itu seringkali melanda diriku dan aku tidak meminta supaya berperasaan begitu. Aku juga mahu jadi macam orang lain yang tenang sahaja menanti result. Setiap satu jam aku akan refresh page universiti di internet menunggu result tahun 2. Namun, setakat ini, usahaku ternyata sia-sia. Semua orang masih berteka-teki bilakah result akan keluar. Mungkin sahaja esok, lusa, tulat. Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan. Apa pun, semakin lambat result keluar, semakin lamalah aku berperasaan takut. Please2, cepat la keluar result (>.<) Pejam celik pejam celik, sudah 2 tahun lamanya aku menuntut ilmu di bumi Mesir ini. Terasa seperti baru sahaja aku menjejakkan kakiku ke sini. Persoalannya, banyak manakah ilmu yang mampu aku kutip di sekitar bumi Mesir sepanjang 2 tahun aku menetap di sini. Namun perjalananku masih jauh. Tatkala rakan sebayaku sudah pun menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, aku masih lagi menuntut di sini. "Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon kepada-Mu supaya Engkau mempermudahkan segala urusanku dan sahabat-sahabatku sepanjang kami menuntut ilmu-Mu". Inilah doa yang acapkali aku ulang sebaik sahaja habis solat. Aku begitu berharap supaya aku dan kawan-kawanku dapat berjaya bersama-sama. insya-Allah. Ayuh, janganlah kita berputus asa dan berputus asa dengan rahmat Allah. Buat rakan-rakan yang terpaksa menduduki "dhur thani", aku doakan kejayaan kelian dan marilah bersemangat untuk mencipta kejayaan. tiba-tiba rasa macam nak ambil gambar. so terpaksa la ambil gambar. gambar hanya hiasan ;) Setelah 2 tahun berada di Mesir, inilah kali pertama aku bersolat jumaat di masjid Hussein. Ramainya orang tak terkira. Satu saf jadi dua saf. Tempat untuk sujud menjadi semakin kecil dan kiri kanan sangat rapat. Kehadiranku sebelum azan yang pertama dengan harapan mencari tempat duduk, namun tempat duduk sudahpun penuh. Setelah lama mencari akhirnya aku sempat menyelit di celah-celah tiang. Imam menyampaikan kutbah jumaat dengan penuh semangat. Aku berbisik, kalaulah imam di Malaysia bersemangat macam ni, mesti orang tak tidur. Selesai solat jumaat, kelihatan banyak kumpulan tariqat yang mula berzikir kepada Allah. Masya-Allah. Sungguh meriah keadaan di sini. p/s : semoga rasa takut nak dapat result dapat diatasi. Doakan saya~ Holiday start
Tuesday, July 6, 2010; 1:03 AM
Bismillah... Uh, bestnya dah habis exam!!Rasa lagi best daripada habis SPM dulu. haha. Okay, tahu tak apa maksud sebenar bila dah habis exam sebagai pelajar tahun 2 perubatan cairo university? Lets read these... Sebelum exam : Sebelum tidur mesti fikir, "ish, baru pukul 1. Rugi tidur awal ni. Banyak lagi tak baca. Tidur kejap je lah. Esok pagi bangun sambung study" Selepas exam : "eh, dah malam rupanya. Tak perasan lak. Rilek la, tak yah tidur awal2. Esok bukan ada kelas pun" Sebelum exam : Bila bangun dari tidur, "eh, dah lewat. Aduh, rugi dah 2 jam. Hari ni tak boleh rehat sangat ni" Selepas exam : "baru pukul 9 kot. Awal lagi ni. Bangun awal pun bukan nak g kelas. haha. Sambung tidur (of coarse dah bangun subuh tadi)" Sebelum exam : "lapar la pulak. Nak g makan ke x eh? Ke nak masak? Tapi banyak lagi x baca. Takpe lah, makan malam je lah" Selepas exam : "jom g mkn luar. Banyak masa kot" Sebelum exam : "kawan ajak main PES tu. Satu game je. Uh, tahan2" Selepas exam : "cepat2. sape nk masuk tournament PES?" Sebelum exam : "bilalah nak habis exam ni. Penat kot exam 3 bulan" Selepas exam : "eh, macam x percaya dah habis exam. yahooo~~~" Itu antara beberapa contoh yang berlaku kat sini. hehe. Pape pun, sila nikmati cuti ni betul2. Selepas 3 bulan bertarung dengan exam. Sampai nak pecah kot kepala. Then lepas exam semua mula tanya, bila balik Malaysia? heh...Btw, lepas habis exam, boleh la spend masa masa baca buku lain. Baru je beli buku baru, "how to get things done without trying too hard (richard templar)". Padahal buku sebelum ni pun tak habis baca lagi. Okay, misi baru, kena habiskan baca 4 buku yang tak habis baca sepanjang cuti ni. Erm, malas lak nak tulis panjang2. Sila tengok gambar dan buat cerita dan kesimpulan sendiri. haha Haziq kur, kena soal ngan doktor pun nk cover2..haha Acap kos, housmate kat INTEC After exam, tengok match argentina vs germany..i like this milkshake chocolate + strawbery Next day, bowling2! and eat some food is, among the best bowling player..sila beri tunjuk ajar arab nyebok masuk line org..ambik gambar pun agak2 la..haha Part sedih, member balik malaysia Kau lah sahabat aku dunia akhirat.. Shafiq,"akulah org plg gembira hari ni dan hari2 akan datang" Funny
Friday, July 2, 2010; 2:56 AM
Bismillah... Oral histology, Sampai turn aku, aku terus pergi ke arah doctor. Doctor ambil bukuku sambil menulis sesuatu. Aku hanya melihat. Tiba-tiba, "syuftu eeh?(awak tengok apa)" doctor menyoalku. "eh, no no. Nothing" jawabku ringkas sambil tersenyum. Kenapa cakap arab ni. It suppose to be in english. Selepas doctor habis menulis, sesi soal jawab pun bermula. "ulti el-endocrine gland". Hah??What's going on here? I didn't expect she would ask me in arabic. lol. Me : endocrine gland is a ductless gland. It secrete hormone to act at a target organ. Doc : in a blood stream. eeh heyya el-gland? Me : er, somatotroph, lactotroph, thyrotroph. Doc : eeh thani? Me : (ni mmg xde tanda2 dia akan soal dalam english. Kena jawab style arab gak ni) el-gonadotroph. Doc : eeh thani? Me : (erm..macam dah sebut semua je.) Doc : el-testis wa el-ovary. misy kida walla eeh? Sepanjang sesi soal jawab, memang mencabar tapi agak kelakar. Kena dengar betul2 kot. Dah la ada perkataan tak faham sampai kena tanya maksud dia kat doctor. Kadang2 aku cuma menganguk2 tanda setuju walaupun tak berapa nak faham. hehe. Lastly, doctor cakap, "call the last one, amir syahid". "Okay. Thank you doctor (eh, boleh rupanya speaking. Then nape tadi nak cakap arab?haha)". Aku pergi kat Amir dan bisik, "habisla kau. Dia speaking arab kot". haha. Okay, finally done with histology. Satu je lagi. Cepat la habis~~~ Nampaknya, lepas habis ni kena mantapkan lagi penguasaan bahasa arab. Jangan malas, jangan malu nak jumpa orang dah soal, jangan takut nak bercakap. Ustazah pesan kalau nak dapat bahasa kena rajin bercakap dan jangan malas nak hafal vocab baru. Tenanglah wahai hati, masanya akan tiba. ngeh3. Bilalah boleh cakap dengan lancar bahasa arab ni?? -.-'' |