Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| It has been 2 years
Thursday, April 29, 2010; 9:14 PMBismillah... Hari ini, 29/4/2010, genap arwah wan pergi meninggalkan aku..Walaupun sudah 2 tahun berlalu, namun setiap apa yang berlaku pada malam 29/4/2008 masih lagi segar dalam fikiranku..Bagaimana aku melihat tubuh manusia yang telah kaku, telah diselimutkan..Aku cuba pergi mendekati dan membisikan sesuatu tetapi tiada jawapan..Aku yakin bahawa paggilan Allah tidak pernah lambat ataupun cepat walaupun sesaat..Segalanya telah kucoretkan dalam postku yang terdahulu..Aku sangat merindui wan.. Wan, Dulu, masa atuk pergi singapore, wan duduk sorang2..Wan nak nua teman wan..Masa tu nua dah habis SPM..Pagi tu nua pergi main bola..Then, kaki nua terseliuh..Nua diam je..Nua takut wan marah..Malam tu, masa wan tengah masak untuk makan malam, nua duduk atas kerusi..Wan tengah goreng telur..Tiba-tiba wan suruh nua buka kipas sebab panas, tapi nua diam je..Nua buat-buat tak dengar..Wan suruh lagi sekali..Nua duduk diam juga..Nua tak larat nak jalan wan..Lepas tu, wan buka sendiri..Wan tak marah pun..Tapi nua sedih buat wan macam tu.. Esok tu, bila wan tahu nua sakit kaki, wan tolong urut..Wan bawa pergi klinik..Wan cakap, "patutlah semalam tak buka kipas"..Baru nua tahu wan sebenarnya terasa dengan nua semalam..Wan, nua minta maaf.. Wan, Dulu masa nua dapat result SPM, nua terus pergi ikut kawan..Lepas tu ibu call suruh balik rumah wan..Nua tak sempat pun nak keluar makan dengan kawan..Bila nua sampai rumah wan, wan tanya nua dapat berapa..Wan buat-buat tak tahu..Muka wan biasa je..Tapi nua tahu wan suka dengan result nua..Wan ajak makan nasi sekali..Walaupun makan biasa je, tapi masakan wan sedap..Masa nak pergi interview JPA, wan nasihat macam-macam..Ada pernah sekali tu, wan call nua suruh tengok tv1 sebab ada perbincangan pasal JPA..Tapi nua tengok sekejap je..Baru nua tahu, wan sebenarnya suka kalau nua dapat pergi mesir..Wan cakap nanti wan boleh buat umrah bila nak ziarah nua..Tapi, masa nua tahu dapat pergi mesir, wan dah tak ada masa tu..Wan, aishah pun dapat JPA juga..Bangah pun dah jadi hafiz..Dia dah hafal satu quran..Balong selalu dapat 4 flat..Kesian balong, masa wan meninggal, dia tengah exam..Ibu dan ayah tak bagitahu dia..Bila dia balik dia dapat tengok kubur wan je..Leha nak pmr tahun ni..Hafsah dapat 5a upsr, faiz 8a pmr..Ayah pun dah dapat PhD macam ibu..Kalau wan ada, mesti wan suka kan? Wan, Dulu masa nua kecil lagi, wan ajar nua mengaji..Setiap malam lepas solat maghrib, mesti wan ajar nua mengaji..Masa tu nua tak pandai mengaji lagi..Wan selalu tanya, "bila nak pandai baca macam balong dengan bangah tu?"..Lepas tu wan hadiahkan nua al-quran..Wan, sekarang ni nua dah boleh baca..Nua boleh bacakan yassin untuk wan.. Wan, Wan tahu tak, atuk sedih sangat bila wan dah tak ada..Hari-hari atuk pergi kubur wan..Atuk kena duduk sorang2..Dulu nua boleh jaga..Tapi sekarang nua dah tak ada..Nua jauh wan..Jauh sangat..Nua ada kat mesir macam wan cakap dulu..Tapi ibu dengan ayah sentiasa jaga atuk..Nua tak tahu la wan..Kenapa sejak wan tak ada ni, semua orang macam berubah..Semua orang dah tak macam dulu lagi..Keluarga kita pun dah tak macam dulu..Atuk sedih, nua pun sedih pasal ni..Dulu nua pernah cakap, "nua bersyukur sangat ada keluarga bahagia macam ni..Tiap-tiap bulan mesti semua akan berkumpul dan buat majlis makan-makan.."Tapi bila wan dah tak ada, macam-macam masalah timbul..Nua pelik..Adakah ni salah satu cara Allah nak uji kita, dengan kematian??Dengan duit, manusia boleh menjadi buta, manusia boleh berubah.. Wan, Nua tak pandang pun duit..Dulu wan selalu nasihat suruh belajar bersungguh-sungguh..Ya wan, nua nak belajar..Kalau boleh, nua nak tunjuk kat wan bila nua dah berjaya nanti..Wan dah tak ada..Tapi nasihat dan tunjuk ajar wan, tak pernah nua lupa sampai bila-bila..Wan, nua tak pernah lupa doakan wan.. Semoga roh wan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beruntung.. Al-fatihah~ ARISH
Tuesday, April 27, 2010; 11:02 PM
Bismillah... Okay, semalam saya bersama-sama rakan sekelasku, (arish) merancang keluar makan2 walaupun ketika itu masing2 dah makan kat rumah pun..hihi..Tapi disebabkan tuan akmal dah datang dari jauh, masing2 cuba lari sekejap dari kesibukan study, dan duduk makan bersama..Niat sebenar bukanlah hendak makan tetapi sekadar ingin duduk satu tempat dan berbual setelah sekian lama tidak bersama..Sudah semestinya makanan menjadi penyeri walaupun tak lapar, kan2? ^.^ seronok~ Perjumpaan sesama lelaki sahaja.. Keluar ke sayeda zeinab..ada satu kedai tepi jalan jee ;) eh2, ni apa jadahnye ni..haa, ni namanye nak ambik gambar sume tapi xde org nak ambikkan..so ambik la sendiri..macam tak biasa lak..hik2 ;) cubaan kedua sebab ada org komplain gambar dia masuk sikit je..;) sila lihat papan tanda tu..itulah ejaan bagi pizza..sila hafal ye ;) owh ;) untuk makluman, kopi kat kedai sebelah sgt2 sedap..nampak je simple, tapi bila rasa...yum3 ;) makanan yang dihidangkan sebelum pizza sampai..mesti sume tertanya2, apa ni? jawapan dia, saya pun tak tahu..no one of us eat this..lol ;) tuan akmal dan shafiq rusdi antara yang paling happy bila pizza dah sampai..tengok muka pun dah dapat agak ;) eh, tak perasan lak ada orang snap gambar..hik2..;) last but not least, abdul raziq..;) p/s : balik kenyang + tak dapat tidur sebab kopi tu..subuh pukul 3:40 pagi..kelas pukul 7:30 pagi..adakah anda akan tidur balik selepas subuh?? +_+ alicafe
Saturday, April 24, 2010; 12:04 AM
Bismillah... Dah habis exam physiology practical..huh, dah 2 exam berlalu..hati semakin lega walaupun banyak lagi exam2 yang menanti..haha..overall, xnak cerita pasal exam physio..biar diriku sahaja yang tahu..tp exam tu mmg best =) Ok, I'm going to city star. Dah lama x pergi. Tak ada apa yang menarik sangat pun. Barang mahal and xde duit. haha. Then I go to spinney and...... Okay, baru aku teringat stok ali cafe kat rumah dah nak habis. Pastu aku tengok akak yang jaga ni sungguh2 promote alicafe kat org arab. haha. Bangga di situ =.=" tunduk balik..hihi. Aku pun cuba dengar apa yang akak ni sungguh2 terangkan. Yela, nak tahu gak apa pendapat orang luar terhadap produk malaysia. Then suddenly, she : do you want me to explain anything about this to you? me : er..yes2 ^_^ she : i'm sure you know everything about this me : er..(kantoi)..is this new? she : no..you didn't find it at malaysia? me : i don't think so.. she : so this is special for egypt me : hahaha(dalam hati je gelak ^.^) which one is better?(sambil ambik capucino) she : i think this is better me : erk..ok..(sambil letak balik capucino n ambik alicafe ;) kesimpulan, beli alicafe 5 in 1..haha..now, i'm preparing for histology practical exam, 29/4..exam x habis tapi on9 je keje..haha p/s : dekna, kalau kau jumpa alicafe kat india, sila inform aku ^.^ Praktikal
Wednesday, April 21, 2010; 11:08 PM
Bismillah... Pagi ini azan subuh sangat awal, 3:49 a.m. Mataku seakan berat untuk membuka kelopaknya untuk membiarkan cahaya menembusi lapisan2 mata. Tiba-tiba angin sejuk masuk melalui tingkap yang sengaja ku biarkan terbuka, lalu mengenai tubuhku. Aku lantas mencapai selimut dan menyelimutkan tubuhku. Lantas hatiku membisik, "eh, sejuk pula hari ini". Aku terus dibuai mimpi dalam kesejukan pagi. Setelah beberapa minit.... Diriku terjaga. Aku akhirnya berjaya memaksa diriku untuk membuka kelopak mataku. Aku cuba melihat sekeliling dan akhirnya pandanganku berhenti pada tingkap yang masih lagi terbuka. Cantik. Aku masih lagi tertanya-tanya mengapa suasana hari ini sejuk tidak seperti hari-hari yang lain. Lantas aku terkenangkan keadaan di Malaysia yang dikatakan dalam musim hujan. Wah, aku sangat merindui hujan-hujan di Malaysia. Sudah setahun aku tidak merasa hujan. Dan persoalan adakah aku akan balik ke Malaysia tahun ini kembali menghantui fikiranku. Aku tersentak dari lamunanku dan terus bergerak ke bilik air setelah menyedari aku masih lagi belum melaksanakan tanggungjawabku pada-Nya. 9:00a.m - praktikal biochemistry Aku mulakan eksperimenku terhadap "urine sample" yang dibeikan dengan bismillah. Pada mulanya tanganku agak menggigil untuk memegang botol2 yang berisi "chemical" yang terdapat di hadapanku. Namun setelah "fehling test" yang aku jalankan menunjukkan keputusan positive dengan memberikan "red precipitate", aku mula tersenyum. Dengan segera aku merekodkan keputusan yang aku dapat di atas kertas yang disediakan. Aku mula yakin dengan diriku. Kali ini aku lebih yakin untuk mengambil "chemical" lain untuk menjalankan eksperimen yang seterusnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku sangat berpuas hati dengan apa yang aku dah usahakan. Aku teringat status Alia Diana kat facebook, "Do the best and Allah will do the rest". ************************************ Malam ni, aku terus membaca physiology kerana esok aku akan ada praktikal physiology. Entah mengapa malam ini aku seakan tidak bersemangat untuk membaca buku. Beberapa kali aku cuba untuk membaca dan menghafal, namun usahaku seakan tidak berhasil. Mungkin sahaja aku masih lagi teringat "offline message" daripada ibu petang tadi. Erm. Seakan bersalah walaupun ibu tidak menyalahkan. Ok, akhirnya aku mengambil laptop dan cuba membuka beberapa laman web untuk mententeramkan hatiku ini sebelum aku menyambung pembacaanku sebentar lagi. Ah, aku harap aku dapat meneruskan pembacaanku. Jika tidak, mungkin aku bergantung pada pengetahuanku semasa di dalam kelas sebelum ini. huhu. Daa~ Sebelum masuk lab..Semua macam dah bersedia ^.^ Nombor 3083..nombor giliran dari tahun 2008 hingga 2015 Ni antara lelaki kacak kat dalam lab..nama dia Husaini Utama..Sila add dia kat ym ;) Ini hasil eskperimen saya..huhu Sekian~ THE ABC'S OF FRIENDSHIP
Thursday, April 15, 2010; 1:17 AM
Bismillah... Always be honest Be there when they need you Cheer them on Don't look for their faults Every chance you get, call Forgive them Get together often Have faith in them Include them Just listen Know their dreams Love them unconditionally Make them Never forget them Offer to help Praise them honestly Quietly disagree Rescue them often Say you're sorry Talk frequently Use good judgment Vote for them Wish them well X-ray yourself first Your word counts Zip your mouth when told a secret It just around the corner
Wednesday, April 14, 2010; 12:38 AM
Bismillah... Tiada apa yang berlaku selama aku mendiamkan diri dari dunia blog ini..Rutin harianku sama sahaja..Setiap orang sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi "final exam"..Pergi ke kelas, dengar lectures, makan, pergi kelas praktikal, pergi "library", balik, masak, study, revise and remembering..Everyday almost do the same things.. Keadaan di university juga sudah semakin sunyi..Pertamanya kerana ada kelas yang dah habis silibus..Keduanya memang sudah menjadi budaya orang2 arab tidak datang ke kelas sebulan sebelum exam..Kononnya perlukan masa untuk belajar sendiri dan mengingati fakta2 di rumah..Mungkin juga..Semua orang ada cara masing2..Sila hormat cara orang dan orang akan hormat cara kita.. Target aku yang pertama untuk mendapat 10 kawan arab menjelang bulan julai sudahpun tercapai..Namun targetku yang kedua, untuk fasih berbahasa arab menjelang bulan julai, nampaknya masih lagi jauh dan tersasar..Jika duduk berbual dengan orang arab, aku masih lagi tidak mampu untuk mengerti apa yang dibicarakan..Semangat kadang2 hadir dan kadang2 menghilang..Namun aku tidak seharusnya melupakan target utamaku untuk belajar "medic"..herm..,mana satu ni??exam semakin hampir dan hampir..sila fokuskan diri untuk exam ye!!tolong buat banyak2 latihan dan soalan past year..sila jangan malas menghafal!!sila jawab semua soalan dalam buku..sila bantu rakan2 lain..sila study secara smart and hard.. EXAM MOOD..bilakah akan berakhir?? Exam
Saturday, April 3, 2010; 12:08 PM
Bismillah... |