Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| Be Thankful
Friday, February 26, 2010; 4:19 PMBismillah... BE THANKFUL Be thankful that you don't already have everything you desire. If you did, what would there be to look forward to? Be thankful when you don't the opportunity to learn. Be thankful for the difficult times. During those times you grow. Be thankful for your limitations, because they give you opportunities for improvement. Pengembaraan di Bahariya
Saturday, February 13, 2010; 12:36 AM
Bismillah... 10/02/10 Hari ini aku akan bergerak ke Bahariya. Aku dengan berbekalkan satu beg sahaja tidak sabar untuk perjalanan yang jauh. Aku mulakan langkah aku keluar dari bilik dengan niat. Semoga sepanjang aku bermusafir di sana sentiasa berada dalam keberkatan-Nya dan dipermudahkan segala urusan. Trip ke Bahariya kali ini adalah trip pertama yang dianjurkan oleh PERUBATAN dibuka untuk lelaki. Kalau sebelum ni, lelaki hanya ada trip ke Sinai sahaja. Ada yang cakap, Bahariya ni tak ada apa pun. Just tengok pasir2 dan batu2 je. Betulkah begitu? Aku nekad mencari sesuatu di sana. Tidak akan aku jadikan perjalanan aku ke sana sebagai sesuatu yang sia-sia. Bas yang kami naiki bertolak pukul 7:30 pagi. Aku terkejut melihat bas yang kami naiki tidak penuh. Masih banyak tempat kosong terutama di kawasan tengah. Nampaknya, mungkin saja betul apa yang aku dengar, mungkin saja ramai yang tidak berminat melihat pasir dan batu sahaja. Perjalanan kami dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian diikuti dengan ucapan daripada presiden PERUBATAN sendiri, Abg Husaini. Dia telah menekankan satu motif yang lebih penting, merapatkan ikatan ukhwah antara pelajar-pelajar medic mesir tanpa mengikut tempat belajar. Ya, begitu jelas sekali dengan apa yang berlaku. Kebanyakan pelajar "cairo university" duduk di kawasan hadapan, tengah-tengah banyak kawasan kosong, diikuti dengan pelajar daripada "ain shams university", "mansuro university", "zaqziq university" dan di tempat duduk belakang sekali pelajar dari "tanta university". Kemudian sesi ta'aruf ataupun lebih dikenali sebagai kenal-mengenali dijalankan. Setiap orang akan kehadapan dan memperkenalkan diri menggunakan microphone yang disediakan. Habis sesi ta'aruf, kini tiba giliran "tour guide" kami memberi ucapan. Aku kagum dengannye yang begitu fasih berbahasa inggeris. Menurutnya, bandar "cairo" merupakan bandar ke 3 paling sesak di dunia. Memang aku tidak nafikan kesesakan di ibu negara Mesir ini. Entah apa yang membuatkan terlampau sesak pun tak tahu lah. Perjalanana kami memakan masa hampir 5 jam. Masa yang ada aku gunakan sebaik-baiknya dengan membaca buku "The Quick & Easy Way to Effective Speaking". Pada pukul 12:00 tengah hari, kami sudah pun sampai di Bahariya. Kami terus sahaja dihidangkan dengan nasi, ikan dan kentang. Selepas makan kami semua diberi masa untuk berehat di bilik masing-masing. Aku mendapat bilik sama dengan pengarah program, Abg Faris. Owh, senang la kalau macam ni. Pengarah program mesti tahu macam-macam, bisik hatiku. Baik juga orangnya. Kemudian aku menunaikan solat zuhur dan asar jama' dan qasar secara berjamaah. Pukul 3:00 petang, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 10 orang ahli dan akan menaiki sebuah jip. Kami akan mulakan perjalanan kami dengan melawat "Oasis Village". Kami didedahkan dengan kehidupan masyarakat kampung di Mesir. Macam-macam tempat yang kami lawati. Sila lihat gambar-gambar di bawah =) Semua peserta yang mengikuti program ke Bahariya. Tapi gambar ni tak cukup sorang. Sila cari saya di mana =) Air yang anda nampak ini adalah air semula jadi. Air nya juga panas. Kalau pergi dekat-dekat boleh nampak asap. Senang la penduduk kampung, tidak perlu memasang pemanas air pada musim sejuk =) Dari kiri Faris, Haziq, Shafiq, Syafie, Luqman, Anwar, Aiyad. Ini lah jip yang kami naiki. Seronok juga naik jip. Disebabkan menaiki jip yang melalui kawasan yang berpasir, pemandu terpaksa membawa ke kiri dan ke kanan. Pakar juga pemandu ni ye. Tapi kami yang duduk di belakang merasakan seperti naik "roller coaster". Ada yang cakap benda yang paling seronok adalah naik jip. haha =) Ini pula adalah "salt lake". Berdasarkan nama saja ramai yang dapat meneka apa yang terdapat di sini. Air yang di sini sangat masin seperti telah diletakkan garam. Tetapi air dalam tasik ini masin secara semulajadi. Kebiasaannya air di dalam tasik adalah tawar, air laut yang masin kan? =) satu... dua... Keju...haha =) Kemudian kami melawat unta yang ada di tengah-tengah padang pasir ni. Haa, ni nama dia Memo. Dialah yang menerangkan kepada kami setiap sejarah tempat yang kami lawati. Tempat terakhir untuk hari pertama, kami terpaksa menaiki bukit yang tinggi ni. Dari sini kami boleh lihat kawasan kampung, kawasan bercucuk tanam dan juga kami boleh melihat matahari terbenam. Wah, banggo den gambar ni ado kek atas bukit. haha. Ni tempat terakhir untuk hari pertama. Malam tu semua peserta boleh berehat. Aku, Aiyad, Haziq, Syafie, pakat-pakat pergi bilik Luqman dan Ridzwan bawa makanan sebab bilik dia ada tv. Malam tu tengok cerita Princeses Diary sampai pukul 12 =) 11/02/10 Hari ni, kami terkejut. Rupanya ramai yang kena Diarrhea. Kami mula meragui makan tengah hari kami semalam. Pagi ni breakfast yang disediakan adalah roti, jem, sedikit shibsi dan air teh secawan. Cheh, kecewa betul. Ada ke patut makan tu je. Dah la nak mulakan pengembaraan hari ni. Tapi kalau sediakan makanan tapi sakit perut pun tak guna gak en? Setelah semua telah bersiap sedia, kami memulakan pengembaraan kami ke "White Desert" dan akan berkemah di sana. Apa yang paling penting, bekalan air yang di bawa mestilah cukup sebab kat tengah-tengah padang pasir tu tiada sumber air. Jarak antara hotel yang kami menginap dengan "White Desert" adalah 180 km. Sepanjang perjalanan kami ke "white desert", kami akan singgah ke "sand dunes", "black desert", " the valley of El Haize", "crystal mountain", "the valley of I'Agabat". Sand dunes. Pasirnya sangat halus. Kalau jalan atas pasir ni memang kaki akan tenggelam. Papan luncur juga ada di sediakan untuk siapa-siapa yang ingin meluncur atas pasir ni. Angin di sini sangat kuat. Sebab tu ramai yang pakai snow cap dan menutup mata. Nasib baik Shafiq selamatkan. hehe =) Ini pula adalah black desert. Dengar nama, tengok gambar, memang dah tahu =) Atas tu sebenarnya "volcano". Gunung berapi aktif. Baru sahaja meletus 3 bulan yang lalu. Angin di sini juga kuat =) Kami meneruskan perjalanan kami menaiki jip. Dalam jip, kami berkenalan dengan lebih rapat lagi. Kemudian bermain teka-teki. haha. kelakar =) Ini mountain apa ye. Lupa la nama dia. hehe. Ziqzaq mountain kot. Cantik permandangan kat sini. Tapi nak sampai ke puncak bukit ni, kami kena menaiki bukit yang agak curam dan tinggi. Dah la breakfast tadi makan ciput je. ATP tak cukup. Turun dari bukit ni, Abg Faris terjatuh. Katanya angin tolak. Kata Abg Acap dia lompat. haha. Teruk juga laa. Sampai berdarah kaki tangan. Dan yang paling penting, seluar jeans yang dia baru beli dah koyak =) Kami baru sahaja tiba di bahagian awal white desert. Subhanallah =) Maha suci Allah yang menciptakan segala sesuatu =) Bergambar kenangan =) Ini namanya "mushroom" kerana bentuknya yang seakan-akan cendawan. Sepanjang perjalanan dari sini boleh nampak banyak sangat cendawan seperti ini =) Ini pula bentuknya seperti ayam. Menurut Memo, bila matahari terbenam, kita akan lihat seperti ayam itu bertelur =) Bergambar kenangan lagi =) Kawasan ini nampak seperti salji. Tetapi ini bukan lah salji kerana kami berada di tengah-tengah padang pasir. Cantik kan? =) Malamnya kami bersama-sama memasak dan bbq. Selepas makan, unggun api dihidupkan dan kami semua duduk di sekelilingnya. Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Ada yang kena menyanyi, main game. Akhir sekali kami sama-sama membaca surah al-mulk dan pulang ke kemah masing-masing =) 12/02/10 Satu kemah untuk 2 orang. Mula-mula boleh tahan, tapi bila sampai tengah pagi, aku terjaga kerana kesejukan. Lantas aku memakai baju sejuk, menyarungkan diri dalam "sleeping bag" dan selimut dengan saratoga. Pagi itu, akibat kesuntukkan air, kami bertayamum menggantikan wudu'. Hati terasa "inferior" tatkala menyapu debu pasir di muka. Breakfast roti keras dan jem lagi =) Bergambar kenangan lagi lagi. Kami bersiap-siap untuk pulang ke bahariya oasis =) Binatang yang kami temui di sini. Fox mountain memang merayau-rayau di sekitar kawasan ini. Haiwan ini tidak membahayakan. Dia tak gigit manusia pun =) Kemudian kami berhenti di tempat Nabi Yunus dikeluarkan dari mulut ikan. Pada ketika itu semua bunga ros yang ada di situ bertukar menjadi batu. Tempat yang kami pijak ini juga asalnya adalah laut =) Pokok ini sujud pada Allah. Subhanallah. Pokok ini mampu survive di tengah-tengah padang pasir dan juga telah berusia 3500 tahun. Pokok ini juga telah tumbuh di atas batu. Pasir yang ada adalah pasir yang diterbangkan oleh angin. Hakikatnya, di bawah pasir ini adalah batu =) Akhir sekali mata air semula jadi. Tempat ini adalah tempat Nabi Yunus menjumpai air setelah jauh berjalan. Aku sempat merasa air yang ini =) p/s : pengembaraan kali ini sangat menyeronokkan. Ternyata apa yang aku dengar sebelum ini adalah sesuatu yang salah. Ada yang mengatakan bahariya ni kalau untuk orang yang nak ambil gambar dengan permandangan yang cantik best laa, tapi tak ada apa sangat. Owh, tidak sama sekali. Memang permandangan di sini sangat cantik tetapi bukan itu sahaja yang aku dapat. Aku tidak melihat bahariya adalah tempat pasir dan batu sahaja. Sepanjang pengembaraan aku ke sana hatiku tidak henti-henti memuji ciptaan Allah yang begitu indah. Hatiku tersentuh dengan kekuasaan-Nya dan merasakan diri ini inferior dan lemah. Maka rugilah orang yang tidak dapat mengambil sedikit pengajaran daripada pengembaraan ini. Selain itu, aku merasakan ikatan persahabatan kami semakin kukuh. Sekurang-kurangnya kami cuba untuk menutup jurang yang terbina antara kami selama ini. Macam-macam yang aku dapat belajar daripada pengembaraan ni. Semoga semua mendapat kebaikan daripadanya. p/s 2 : Atiq n wani dah balik dari PLKN. Tapi cuti sekejap je sempena Tahun Baru Cina. p/s 3 : still duduk sorang dekat rumah. Majlis Graduasi
Monday, February 8, 2010; 12:05 AM
Bismillah... Ketika aku sedang menaip entry kali ini, aku baru saja balik dari Majlis Graduasi. Best majlis ni. Macam2 yang telah dikongsikan bersama antara senior yang telah graduate dan junior2 yang masih lagi perlu untuk meneruskan perjuangan. Aku kagum dengan semangat gigih para senior yang tidak pernah mengalah. Akhirnya, setelah 6 tahun berjuang di bumi Mesir ini, alhamdulillah mereka berjaya menamatkan pengajian mereka. Inysa-Allah akan berangkat ke Malaysia untuk menjalankan tugas sebagai seorang doktor tidak lama lagi. Senior sentiasa mengingatkan supaya kita sebagai pelajar harus "study, study and study". Walaupun sudah masuk alam pekerjaan, kita masih lagi perlu belajar. Juga kita perlu membuktikan bahawa pelajar perubatan keluaran universiti Mesir juga mampu bersaing!!Huh, disebabkan aku agak penat malam ni, jadi apa kata kita tengok gambar dan video nak? Kalau baca je boring gak en ^.^ Sebahagian daripada pemain kompang yang turut sama menjayakan majlis ini. Walaupun berlatih tak sampai sehari, hasilnya sangat memuaskan. ngeh2. Smart en baju batik? ^_^ Macam2 acara yang telah di atur untuk para senior. Seronok dapat berkongsi pengalaman dan pendapat dengan orang yang berpengalaman. penyampaian sijil.. penyampaian sijil lagi... Haa, cuba tengok muka akak ni..macam pernah tengok laa..agak2 muka macam siapa eh??ehem2... Para graduasi sama2 menyanyikan lagu di atas pentas.. Segak dan cantik bertopi..bila la aku nak pakai topi tu..macam lama lagi jee.. Wah2!!seronok!!mesti hati rasa puas dah tamat pengajian selama 6 tahun setengah..eh, yang belakang tu apesal??haha Lastly, sempat bergambar dengan senior2..Harap dapat menamatkan pengajian dengan jayanya seperti anda semua..Tahniah saya ucapkan buat semua graduasi.. Nah, terimalah video ni..seronok bila tengok orang lain bergembira..kita juga akan turut sama bergembira.. p/s : muka akak tadi tu, sekali tengok cam ada muka atiq en??huhu ^.^ Acap baru je pergi arma..dia tidur di ARMA sebab esok dia akan berangkat ke sinai..Maka dengan ini, secara rasminya saya mengumumkan bahawa saya akan duduk sorang di rumah ini!!yahooo!!!best ke tak eh?? huh... Cabaran dalam kehidupan
Sunday, February 7, 2010; 12:32 AM
Bismillah.. Winter break baru sahaja bermula. Habis saja exam aku terus pergi makan. Lepas makan aku bergerak ke pesta buku yang diadakan di sini. Seperti tahun lepas, pesta buku di sini sangat berbeza dengan apa yang ada di Malaysia. Pesta buku di sini sangat2 besar!!!Bayangkan keluasan seperti ada 10 gudang kilang. Wah, ponek kaki den nak jalan dari satu ke satu gudang. huhu. Misi aku untuk tahun ini bukan nak beli buku medic sebab buku medic dah beli kat kedai buku kamal masa kat Malaysia dulu. Kali ni aku target 2 buah buku, Arabic at a Glance (sama macam buku tamim) dan How to Make Anyone Like You ( suggested by atiq). Sampai2, perkara pertama yang dibuat adalah bergambar. Haha. Kemudian baru bergerak dari satu gudang ke gudang yang lain. Cari punya cari, akhirnya!!Akhirnya tak jumpa pun buku yang di cari. cheh. Tapi dah beli 2 buah buku lain pula. Sun Tzu's The Art of War dan buku The Quick & Easy Way to Effective Speaking by Dale Carnegie ( masuk ni dah 3 buku aku beli dari penulis ni). Yang buku The Art of War nampak macam menarik. Dua2 buku ni harganya seratus lebih tapi lepas "discount" jadi 100 je. Hehe. Lepas dah beli 2 buku ni, usaha nak cari buku yang dah target diteruskan. Ah, sampai nak tercabut lutut jalan, tak jumpa gak. Huh, takpe lah. Dapat beli dua buku ni pun rasa cam dah seronok!!Huu. Harap dapat la baca buku ni sepanjang cuti ni ^.^ ******************************************** Habis cerita pasal pesta buku. Sekarang ni kisahnya shopping di City Star. Pergi dengan penuh harapan. Tapi kecewa. Masa mula2 pergi, naik teksi. Lepas tu teksi tu baru jalan sikit dah berhenti tepi jalan, pergi beli makanan pulak!!Takpe2, bagi chance lagi, kau lapar kot. Sampai tengah2 jalan besar, memang tidak dinafikan jalan begitu sesak. Bergerak lepas asar tapi dah nak masuk maghrib tak sampai lagi. Boleh bayangkan punya la sesak kn? Sampai satu tempat u-turn, teksi tu berhenti. Dia cakap dia tak nak teruskan sebab sesak dan nak kami bayar. Kami bertiga tergamam dan terdiam hampir selama 5 minit. Semua macam terpinga2 dan, erk,apo cito ni. Nak buat cam mana ni?. Akhirnya Shafiq bersuara cakap cam ni, tadi kau cakap boleh. Dia balas, "masyi lakin ana misy 'arif zahmah kida" (saya boleh tapi tadi saya tak tahu sesak cam ni). peh. Lalu kami bayar sikit je. Dia minta lebih tapi kami tak nak bayar. Ambik kau!! Cuba bayangkan, dalam keadaan musim sejuk, keluar tengah2 jalan waktu maghrib. Tak ke kerja gila namanya ni??Dah tu, semua teksi yang ada atas jalan dah penuh dengan penumpang. Jadi kami bertiga pun jalan kaki. Jauh sgt2!!Boleh mati kesejukkan. Setelah agak jauh berjalan, akhirnya aku nekad tahan teksi walaupun ada penumpang. Syukur, teksi tu berhenti dan terima penumpang lain walaupun dah ada penumpang. Fuh, bertapa bersyukurnya. Alhamdulillah selamat sampai. Bila sampai tu, apa2 hal makan dulu. Huhu. Lepas tu baru pergi shopping. Wah, memang banyak sale!! Ni namanya sale untuk musim sejuk. Lepas tu, aku terus menuju ke arah kedai adidas. Dalam hati mengharap sangat satu jacket ni ada sale. Memang dah target sejak bulan 12. Hihi. Tapi tak nak beli dulu sebab nak tunggu sale. Hee. Bila sampai, baju tu memang ada sale, tapi2, tak ada size Ada ke patut, size paling kecil adalah size L. Tak logik!! L for LARGE..Haa, kan tak pasal2 je tulisan dah besar. Herm, kat kedai lain pun macam tu. Size paling kecil adalah L. Hati dah mula kecewa. Bagi mengubat hati ni, aku cari jacket lain lak. Ada pun jacket yang size S. Tapi bila try, cheh, still besar!! waa, nak menganis..hahaha. At last, jumpa satu jacket ni, bila try macam ok. Bila tengok size, xs. Tak terkejut pun. Haha. Tak kisahlah. Asalkan ada bekalan nak bawa ke bahariya nanti. Lastly, pergi minum milk shake kat kompany. Terima Kasih Sein sebab belanja kek!! p/s : sekarang ni taip blog sorang dalam bilik. Sangat sunyi. Tapi dah pasang lagu kuat2, pinjam speaker sein. Roomate, dah balik Malaysia sebab akak dia tunang. Sein dah pergi airport nak bercuti di UK bersama keluarga. Aku mungkin akan bermusafir dalam Mesir. Bahariya 10,11,12 ni. Haish, bosan gak duk bilik sorang2. Ptg tadi aku dah ubahsuai kedudukan bilik. Makin bersih!! Hehe. Mad, aku harap kau tak kisah ea?? **dah la tengah bosan sorang2, ada lak sorang ni buat aku sakit hati. Cheh, belasah kang. Esok aku akan main kompang untuk majlis di ARMA. sekian~ |